Pasukan Bola Sepak ‘Harimau Malaya’ Naik Tangga 154 Ranking Dunia

Pasukan Bola Sepak ‘Harimau Malaya’ Naik Tangga 154 Ranking Dunia

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini mengeluarkan ranking terkini di mana Pasukan Bola Sepak Negara, ‘Harimau Malaya’ telah melonjak empat anak tangga untuk berada di kedudukan ke-154 dunia.

Perkembangan itu diumumkan dan disahkan sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebook rasminya.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan FIFA, skuad negara menghuni tangga ke 154 dunia dengan mengumpul 1,040 mata berbanding kedudukan 158 dunia pada kemas kini terdahulu iaitu pada Oktober 2019.

Dipetik daripada laman media sosial Facebook rasmi Football Association of Malaysia (Official)

Perkembangan positif ini adalah susulan kejayaan skuad kendalian Tan Cheng Hoe menewaskan Tajikistan 1-0 pada perlawanan persahabatan diikuti mencipta dua kemenangan menentang Thailand (2-1) dan Indonesia (2-0) pada aksi Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini.

Jepun kekal sebagai pasukan nombor satu Asia apabila menduduki ranking ke-28 dunia diikuti Iran (33), Korea Selatan (41) dan Australia (42).

Vietnam pula kekal mendahului carta Asia Tenggara pada kedudukan ke-94 dunia diikuti Thailand (113), Filipina (124) dan Myanmar (136).

Negara Asia Tenggara lain seperti Singapura pula menduduki tangga ke-157, Indonesia dan Kemboja (173), Laos (188) serta Brunei (191) manakala Timor Leste (196).

Kemaskini terbaharu FIFA ranking bagi pasukan Asia Tenggara untuk bulan November 2019:

Vietnam – 94 FIFA Ranking (13 Asia)

Thailand – 113 FIFA Ranking (19 Asia)

Filipina – 124 FIFA Ranking (22 Asia)

Myanmar – 136 FIFA Ranking (24 Asia)

Malaysia – 154 FIFA Ranking (29 Asia)

Singapura – 157 FIFA Ranking (31 Asia)

Indonesia – 173 FIFA Ranking (33 Asia)

Kemboja – 173 FIFA Ranking (34 Asia)

Laos – 188 FIFA Ranking (37 Asia)

Brunei – 191 FIFA Ranking (40 Asia)

Timor Leste – 196 FIFA Ranking (41 Asia)