PATI Disyaki Ragut Beg Dan Tetak Peniaga?

PATI Disyaki Ragut Beg Dan Tetak Peniaga?

0
SHARE

KENINGAU, SABAH – Sejak pagi tadi tular sebuah video yang menunjukkan beg tangan milik seorang wanita telah dilarikan oleh penjenayah di sebuah kedai makan di Keningau Sabah.

Menurut sumber, penjenayah tersebut dipercayai dan disyaki adalah seorang pendatang asing tanpa izin (PATI).

Merujuk kepada video yang berdurasi 19 saat tersebut mangsa ragut yang juga seorang wanita sempat mengejar penjenayah terbabit namun tidak berjaya.

Kelmarin, turut tular foto seorang peniaga kedai runcit di Tuaran Sabah berlumuruan darah selepas ditetak parang kemudian telefon bimbit mangsa turut dicuri.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim mengesahkan bahawa peniaga terbabit telah disamun oleh dua orang penjenayah.

Mutakhir ini, beberapa kejadian jenayah melibatkan PATI amat membimbangkan rakyat Sabah.

Beberapa orang rakyat Sabah yang ditemui turut menzahirkan kebimbangan mereka, sambil merujuk kejadian pemandu GRAB yang telah dibunuh dan menyifatkan PATI di Sabah seolah-olah ‘naik kepala’ dan semakin bertindak berani melanggar undang-undang.

Umum mengetahui ketika ini Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Parti Warisan telah membuat pemutihan ke atas pendatang asing tanpa izin tanpa dokumen dan cadangan pemberian pulau kepada PATI bagi tujuan transit yang berasal daripada Filipina.

Keputusan ini telah mendapat bantahan berterusan daripada majoriti rakyat Sabah. Mereka berpandangan PATI yang berada di Sabah seharusnya dihantar pulang ke tempat asal dan bukannya diberikan pula dokumen bagi membolehkan mereka bekerja secara sah di Sabah.

Rakyat Sabah juga turut membantah cadangan pemberian pulau kepada PATI sambil memberikan alasan kawasan bergolak di selatan di Filipina kini dalam keadaan aman sejak MILF diberikan kuasa autonomi mentadbir Mindanao, justeru cadangan penyediaan pulau bagi tujuan transit tidak perlu dilakukan.

Datuk Seri Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah juga turut dikritik hebat kerana dilihat begitu menonjol menyelesaikan pemberian dokumen kepada PATI dalam masa isu peningkatan ekonomi serta pengangguran di Sabah tidak ditangani dengan sebaiknya oleh Shafie.