PATI Filipina Pukul Warga Asal Ranau Dikecam Rakyat Sabah?

PATI Filipina Pukul Warga Asal Ranau Dikecam Rakyat Sabah?

0
SHARE

RANAU, SABAH – Mutakhir ini kejadian jenayah oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah khususnya yang berasal daripada Filipina semakin membimbangkan.

Kejadian terkini dilaporkan seorang lelaki berbangsa Dusun berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Stanley Gisin telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan setelah dipukul dengan sebatang paip oleh PATI.

Video kejadian berserta foto turut tular di laman media sosial Facebook dan sebaran dalam aplikasi Whatsapp sekaligus mendapat kecaman rakyat Sabah.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Shahrul Datuk Haji Abdul Wahab dalam satu kenyataan akhbar turut mengesahkan, mangsa di pukul sebanyak tiga hingga empat kali menggunakan batang paip berukuran 41 sentimeter (41cm) di bahagian belakang kepala dan badan sebelum suspek bertindak melarikan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 kanun keseksaan.

Untuk rekod, Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Parti Warisan telah membuat pemutihan ke atas pendatang asing tanpa izin tanpa dokumen dan cadangan pemberian pulau kepada PATI yang berasal daripada Filipina bagi tujuan transit.

Keputusan ini sekaligus mendapat bantahan berterusan daripada majoriti rakyat Sabah. Mereka berpandangan PATI yang berada di Sabah seharusnya dihantar pulang dan bukannya diberikan pula dokumen, tindakan undang-undang serta penghantaran pulang PATI ke negara asal mereka sekaigus akan dapat mengurangkan masalah jenayah yang berlarutan di Sabah.

Berikut merupakan antara siara-suara kebimbangan rakyat Sabah melalui laman media sosial Facebook terhadap isu PATI yang semakin serius ini;