PATI Serbu Wisma Dang Bandang?, Rakyat Sabah Tuntut Penjelasan!!!

PATI Serbu Wisma Dang Bandang?, Rakyat Sabah Tuntut Penjelasan!!!

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Video yang tular sejak pagi tadi di media sosial Facebook menunjukkan orang ramai menyerbu bangunan Wisma Dang Bandang yang terletak di pusat bandar Kota Kinabalu. Bangunan yang menempatkan agensi persekutuan tersebut telah diserbu secara mengejut pada hari ini, di sini, oleh orang ramai menimbulkan kegelisahan rakyat tempatan Sabah.

Tidak dapat dipastikan sama ada mereka adalah pendatang tanpa izin (PATI)?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Namun begitu, selepas tinjauan dibuat dapat dirumuskan bahawa majoriti daripada mereka yang hadir  menyerbu bangunan tersebut berasal daripada negara jiran, Filipina.

Mutakhir ini, wujud kebimbangan daripada orang ramai mengenai adanya projek membuat kad pengenalan kedua selepas tersebarnya video Datuk Seri Madius Tangau yang menyatakan mengenai kemungkinan ‘Projek IC 2.0’ akan diwujudkan semula sekiranya Pakatan Harapan (PH) memerintah negeri Sabah.

(Parti Warisan, Dap dan PKR adalah parti yang membentuk Pakatan Harapan di Sabah).

 

 

 

 

 

 

Madius dikatakan membuat dakwaan tersebut semasa sesi ceramah politik dalam pentas Barisan Nasional (BN) semasa kempen PRU ke-14 yang lalu di mana Madius adalah calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada PRU tersebut.

Berikut adalah komen daripada netizen selepas tersebarnya video tersebut:-