Paul Pogba Bakal Tinggal Manchester United Demi Barcelona?

Paul Pogba Bakal Tinggal Manchester United Demi Barcelona?

0
SHARE
Paul Pogba...

LONDON – Ejen Paul Pogba sedang berusaha untuk membuat perjanjian buat bintang Manchester United itu meninggalkan Old Trafford demi Barcelona.

Mail Online melaporkan bahawa Mino Raiola telah mengadakan perbincangan terperinci dengan kelab Sepanyol itu berhubung perjanjian membabitkan pemain tengah itu, dua tahun selepas menyertai semula Manchester United dari Juventus.

Pogba kembali untuk latihan pra-musim pada Isnin selepas memenangi Piala Dunia bersama Perancis, dan sumber terdekat dengannya mengatakan dia terbuka untuk berhijrah.

Manchester United pada Isnin malam menegaskan bahawa Pogba bukan untuk dijual dan mereka dipercayai menolak tawaran pembukaan dari Barcelona sebanyak £44.6 juta ditambah dua pemain, Yerry Mina dan Andre Gomes.

Nampaknya tidak dapat dibayangkan Manchester United untuk melepaskan pemain handalan mereka, dan kem Pogba terpaksa mengakui sukar untuk menyelesaikan kesepakatan sebelum jendela perpindahan ditutup.