Wednesday, January 16, 2019
PDRM Lengkapkan Laporan Siasatan Kes Kematian Adib, Serahkan Kepada Keputusan Mahkamah

PDRM Lengkapkan Laporan Siasatan Kes Kematian Adib, Serahkan Kepada Keputusan Mahkamah

0
SHARE
Tan Sri Noor Rashid Ibrahim...

KUALA LUMPUR – Laporan siasatan kematian anggota bomba, Adib, telah lengkap sepenuhnya oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan diserahkan kepada Mahkamah bagi proses pendengaran dalam masa terdekat ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kertas laporan siasatan tersebut  telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Timbalan Pendakwa Raya telah memfailkan kes ini di mahkamah dan inkues akan bermula dalam masa terdekat…

“Saya yakin mahkamah akan mendengar semua fakta yang diberikan dan keputusan berhubung kes kematian Adib akan diputuskan seadil-adilnya,” katanya ketika sidang akhbar di Maktab PDRM Cheras di sini hari ini.

Muhammad Adib, 24, cedera parah dipercayai dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, November lepas dan anggota bomba itu disahkan meninggal dunia pada 18 Dis di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.