PDRM Tubuhkan Pasukan Khas Dalam Memantau Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

PDRM Tubuhkan Pasukan Khas Dalam Memantau Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Satu pasukan khas ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditugaskan khusus kepada pemantauan perkembangan terkini penularan virus COVID-19 di negara ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan hari ini berkata bahawa pasukan khas itu diketuai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau turut berkata, pasukan khas berkenaan juga berperanan untuk memberi arahan berkaitan pencegahan COVID-19.

“Maklumat-maklumat berkaitan (pencegahan COVID-19) telah disampaikan kepada semua pengarah-PDRM, Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah seluruh negara,” katanya kepada Bernama hari ini.

Setakat tengah hari Ahad, Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 190 kes baharu positif COVID-19 di negara ini dan menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)…

terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai ‘Pandemik’, bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, malah hingga ke seluruh dunia.