Pegawai Kanan SPRM Diugut, Terima Peluru Hidup!!!

Pegawai Kanan SPRM Diugut, Terima Peluru Hidup!!!

0
SHARE

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang pegawai kanannya telah menerima ugutan berupa peluru hidup dan nota berbaur ancaman yang diletakkan di dalam peti surat rumahnya di sini semalam.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan ugutan itu dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab susulan tindakan tegas SPRM ke atas beberapa kes berprofil tinggi sejak kebelakangan ini.

Susulan kejadian itu, Azam menjelaskan, SPRM telah membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan dan seterusnya tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.

“Kami di SPRM tidak sesekali tunduk dengan ugutan ini dan akan melaksanakan tanggungjawab tanpa rasa gentar,” katanya.

Dalam pada itu, polis menerima dua laporan mengenai kejadian itu masing-masing di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan Balai Polis Bangi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya turut menubuhkan satu pasukan siasatan bagi menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut.

“Kita minta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini,” jelasnya dalam satu kenyataan.