Peguam Tegaskan Pertuduhan Ubah Wang Haram Ke Atas Najib Tidak Berkaitan 1MDB

Peguam Tegaskan Pertuduhan Ubah Wang Haram Ke Atas Najib Tidak Berkaitan 1MDB

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Pendakwaan tambahan tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang dituduh ke atas Datuk Seri Najib Razak hari ini tiada kena mengena dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebaliknya ia adalah berkaitan dengan SRC Sdn. Bhd.

Memetik laporan K-Online, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata, kes itu juga tiada kena mengena dengan kapal mewah Equanimity yang juga dikatakan berkait dengan skandal penyelewengan dana daripada 1MDB.

“Orang ramai mungkin beranggapan pertuduhan hari ini (pengubahan wang haram) ada kaitan dengan kapal Equanimity ataupun 1MDB tetapi sebernanya ia tiada kena mengena langsung… 

“Ini adalah secara kebetulan, pertuduhan dibuat hari ini dan pada masa sama kapal tiba Pelabuhan Klang. Ketika kesalahan dilakukan SRC bukan lagi di bawah 1MDB tetapi dibawah Kementerian Kewangan,” katanya ketika ditemui selepas prosiding pendakwaan kes itu sebentar tadi.

Dalam pada itu berhubung isu hakim iaitu Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali yang menggantikan Hakim Sofian Abd.

Razak yang ditukarkan ke Mahkamah Sivil, Muhammad Shafee memberitahu, pihaknya tidak menyalahkan hakim sebaliknya terhadap sistem kehakiman.

Beliau berkata, berikutan itu pihaknya telah mengemukakan surat mengenai perkara itu kepada Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim yang turut diajukan kepada Sufian dan Nazlan.

“Surat tersebut telah dihantar semalam dan Tan Sri Zaharah telah pun menerimanya pada pukul 9.25 pagi ini namun setakat ini belum ada apa-apa balasan,” katanya lagi.