Pejabat NGO Terkemuka Palestin Diserbu Tentera Israel

Pejabat NGO Terkemuka Palestin Diserbu Tentera Israel

0
SHARE
Sumber Foto; AFP...

RAMALLAH, PALESTIN – Pengarah badan bukan kerajaan (NGO) Amnesty International, Sahar Francis mengesahkan bahawa tentera Israel telah menyerbu pejabat mereka di Ramallah kira-kira jam 2.00 pagi waktu tempatan, semalam.

Menurut sumber, tiada kakitangan dalam pejabat berkenaan ketika itu tetapi tentera rejim Zionis merampas peralatan termasuk lima komputer bernilai ribuan dolar.

“Mereka menggeledah seluruh pejabat,” kata Sahar Francis.

Badan bukan kerajaan (NGO) yang terkemuka di Palestin ini disifatkan Amnesty International bertujuan ‘membanteras aktiviti aman’ dan menyokong banduan Palestin di penjara Israel dan Palestin sendiri.

Aktivis berhaluan kanan Israel menuduh ia ada kaitan dengan Barisan Pembebasan Popular Palestin (PFLP), yang dianggap pertubuhan pengganas oleh Israel, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Timbalan Pengarah Asia Barat Amnesty International, Saleh Higazi, mengutuk serbuan itu, melabelkan ia sebagai cubaan rejim menghancurkan aktiviti aman dan menutup mulut NGO.

“Ini adalah serangan jahat dan dirancang untuk menyekat kerja kemanusiaan penting Addameer,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

NGO tersebut juga yang mendokumenkan dakwaan penderaan di penjara Israel, sudah diserbu dua kali sebelum ini, terakhir pada 2012.

Sahar Francis berkata ketika itu, tentera memecahkan pintu dan merampas komputer.

“Kami tidak pernah mendapat balik barang yang dicuri mereka pada 2012, walaupun membuat permohonan,” katanya.

Amnesty International juga turut mengesahkan bahawa seorang kakitangan Addameer juga ditahan tanpa dakwaan sejak tahun lalu menurut undang-undang penahanan Israel.