Pelajar Tingkatan 6, Diploma Dan Setara Bakal Mendapat Bantuan ‘One-Off’ RM200

Pelajar Tingkatan 6, Diploma Dan Setara Bakal Mendapat Bantuan ‘One-Off’ RM200

0
SHARE
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz...

KUALA LUMPUR – Pelajar tingkatan enam, diploma dan setara bakal mendapat bantuan sekali bayar ‘one-off’ RM200 selepas bantuan yang sepatutnya hanya diberikan kepada kepada penuntut sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT) melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat telah diperluaskan kepada kategori pelajar tersebut.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan semalam berkata bantuan tersebut diperluaskan termasuk untuk pelajar di institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Amanah Rakyat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata susulan perluasan tersebut, peruntukan yang disediakan akan meningkat kepada RM300 juta daripada RM270 juta untuk dimanfaatkan oleh kira-kira 1.5 juta pelajar.

Beliau berkata di samping itu, kementerian yang terlibat akan mempercepat jadual bayaran bagi pelajar IPT yang layak kepada akhir April 2020 berbanding Mei.

Sebelum ini bantuan tersebut hanya meliputi pelajar sepenuh masa IPT termasuk di peringkat matrikulasi, kolej komuniti, politeknik serta IPT awam dan swasta di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

“Kerajaan berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar IPT dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan…

“Moga mereka terus sabar dan gigih dalam perjalanan menuntut ilmu dan menimba kemahiran,” katanya.