Wednesday, November 14, 2018
Pelajar UMS Patah Kedua Kaki Selepas Terjatuh Dari Koridor Tingkat 10 Bangunan...

Pelajar UMS Patah Kedua Kaki Selepas Terjatuh Dari Koridor Tingkat 10 Bangunan Kolej

0
SHARE
Pasukan perubatan ketika memberi bantuan awal terhadap mangsa yang ditemui tidak sedarkan diri selepas jatuh dari tingkat 10 bangunan Kolej Kediaman UMS, Kota Kinabalu, Sabah hari ini...(Sumber Foto; Media sosial FB)

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang pelajar perubatan wanita dipercayai patah kedua kakinya selepas terjatuh dari koridor tingkat 10 bangunan kolej kediaman wanita Blok D 1Borneo Universiti Malaysia Sabah, siang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, pelajar perubatan berumur 21 tahun tersebut dikatakan terjatuh selepas tergelincir ketika hendak mengambil tuala mandi yang dijemur di koridor kediaman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, rakan kolej pelajar terbabit, yang melihat mangsa terjatuh bergegas meminta pertolongan daripada polis bantuan di kediaman berkenaan.

“Mangsa yang dikenali sebagai Lee Miao Lynn dan berasal dari Pulau Pinang kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Likas dan berada dalam keadaan sedar serta stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata, kecederaan lain dialami mangsa belum dapat dikesan kerana pihak hospital belum menjalankan pengimbasan terhadap mangsa.

– BERNAMA