Pelakon, Pelawak Veteran Pak Zaibo Meninggal Dunia

Pelakon, Pelawak Veteran Pak Zaibo Meninggal Dunia

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak veteran terkenal Zainal Ariffin Abdul Hamid telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1.30 petang, Rabu di Rengit, Johor di mana berita pemergiannya itu telah disahkan oleh salah seorang anak tirinya sendiri, Hafiz melalui laman Facebooknya.

Beliau yang mesra dikenali Pak Zaibo, 62 tahun, mengalami kesihatan yang terjejas selepas proses diangnos dan disahkan menghidap kanser esofagus tahap empat sejak September lalu.
Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima khabar dukacita itu menerusi isteri Zaibo, Siti Hawa Sawal.

Zaibo ditemani isterinya Siti Hawa Sawal ketika ditemui di kediamanannya di Rengit, Batu Pahat pada 12 November lalu…(Sumber Foto; BERNAMA)

“Arwah Zaibo akan dimandikan dan disolatkan di rumah beliau dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit selepas solat Isyak,” ujar kenyataan tersebut.

– Pihak pengurusan dan krew Malaysia Kini 2.0 merakamkan salam takziah kepada keluarga Allahyarkam…Al-Fatihah.