Pelakon Popular 90an Wafa Abdul Kadir Meninggal Dunia

Pelakon Popular 90an Wafa Abdul Kadir Meninggal Dunia

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Pelakon popular 90an, Wafa Abdul Kadir menghembuskan nafas terakhir selepas lebih hampir lima tahun menderita penyakit kanser peritoneal di kediamannya di Tropicana, Petaling Jaya pada jam 1 pagi tadi.

Berita pemergian beliau disahkan sahabatnya, Tuan Asmawi Tuan Umar melalui laman media sosial Facebook pagi ini.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada pukul 10:00 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum Zohor.

Allahyarham yang pernah membintangi filem ‘Azizah The Legend’ meninggalkan suami, Tajul Faizal Tamimuddin, 52 tahun, dan beberapa orang anak.

Wafa yang juga anak bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Talib sebelum ini dilaporkan menghidap kanser ovari tahap empat sehingga menyebabkan beliau terpaksa membuang keseluruhan organ wanita, iaitu ovari, tiub fallopio, rahim dan omentum (lapisan yang menutup bahagian perut).

Pada awal 2016 pula, beliau disahkan menghidap kanser peritoneal.

Sepanjang rawatan, Allahyarham telah menjalani 18 sesi kemoterapi bagi menghapuskan sel kanser.