Pelawak Popular Abam Bocey Meninggal Dunia Hari Ini

Pelawak Popular Abam Bocey Meninggal Dunia Hari Ini

0
SHARE

GOMBAK, SELANGOR – Selebriti dan pelawak popular Abam (anggota Kumpulan Bocey) meninggal dunia pagi tadi (Isnin) di kediamannya di Gombak, Selangor.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.30 pagi hari ini dipercayai akibat demam panas.

Menurut sumber, kejadian itu disedari isterinya, Nor Hidayah apabila Allahyarham tidak bangun ketika dia mengejutnya untuk solat Subuh.

Bimbang dengan keadaan tersebut, isteri Allahyarham segera menghubungi adik kepada Abam iaitu Ali Puteh. 

Menurut Ali, dia bergegas dengan segera ke kediaman Allahyarham selepas itu dan mendapati abangnya (Abam) sudah tidak lagi bernafas ketika itu.

Nor hidayah memberitahu kepada media bahawa Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu…

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi… pagi tadi saya kejutkan untuk solat Subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya dengan penuh beremosi.

Abam dan Siti Norhidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Jenazah juga telah dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk disolatkan sebelum dikebumikan hari ini.