Pelumba Negara, Hafiz Nor Azman Meninggal Dunia

Pelumba Negara, Hafiz Nor Azman Meninggal Dunia

0
SHARE
Hafiz Nor Azman...

KUALA LUMPUR – Pelumba sensasi negara, Hafiz Nor Azman, 22, meninggal dunia ketika bersaing pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018 selepas terbabit dalam kemalangan ketika pusingan terakhir perlumbaan di Dataran Bandar Penawar, dekat sini petang kelmarin.

Malaysian Cub Prix mengesahkan pemergian Hafiz dengan memuat naik gambar pelumba muda berusia 22 tahun itu menerusi laman rasmi Facebook mereka, kira-kira 8.45 malam semalam.

Kementerian Belia dan Sukan turut mengesahkan berita tersebut melalui laman sosial Twitter malam semalam  bahawa Hafiz disahkan meninggal dunia selepas mengalami kemalangan ketika beraksi dlm pusingan 10 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018.

Berdasarkan beberapa status dimuat naik oleh orang ramai, Allahyarham dipercayai terbabit dalam kemalangan itu sewaktu menyertai perlumbaan akhir kategori CP150.

Hafiz merupakan anak kepada bekas pelumba, Nor Azman Mad Darus.

Pada tahun ini, Allahyarham yang mewakili Petronas Racing Team-CKJ, menggalas tanggungjawab sebagai pelumba harapan pasukan berkenaan dalam kategori CP150.