Pembangkang Kini re’JILAT’basi REFORMASI

Pembangkang Kini re’JILAT’basi REFORMASI

0
SHARE
Sumber Foto; WakeUpMalaya
KUALA LUMPUR – TAHUN 1998 tahun yang cukup ‘terkesan’ pada kehidupan aku. Tahun itu aku mendaftarkan diri melanjutkan pengajian ke sebuah universiti awam di ibu negara.

Nama pun anak muda, 1998 merupakan tahun bermulanya era reformasi yang digerakkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas dipecat daripada Kabinet pimpinan Dr. Mahathir Mohamad.

‘Mahathir bodoh’, ‘Mahafiraun’, ‘Mahazalim’ merupakan ‘santapan otak’ harian aku ketika itu sehingga sanggup ‘menggadaikan’ masa depan menyertai demonstrasi reformasi.

Kalau kena tangkap dengan polis, sah aku kena buang universiti. Tapi aku nekad sebab selalu tengok berita-berita demonstasi di luar negara hanya dalam televisyen. Tetapi ini real berlaku depan mata sendiri.

Bukan ‘kecil-kecil anak’ yang aku lalui sepanjang menyokong Anwar. Bukan sahaja rakan-rakan di universiti yang menjadi ‘bahan’ aku ‘membasuh’ ideologi mereka. Ibu dan ayah serta adik-beradik aku yang lain juga menjadi ‘mangsa’.

Bagi aku, Anwar adalah segala-galanya, walaupun aku tahu dia tak kesah pun kalau aku kena tangkap polis dan dibuang universiti. Itu tak penting, kerana perjuangan reformasi adalah untuk menuntut keadilan.

Ramai yang aku musuhi, termasuk keluarga, semata-mata menegakkan perjuangan menegakkan keadilan terhadap Anwar. Setiap hari aku mendengar tangisan Datin Seri (Wan Azizah) dan anak-anaknya.

Siapa yang tidak simpati mengenangkan nasib insan-insan yang ditinggalkan Anwar dek kerana ‘kezaliman’ Mahathir.

Masa berlalu, reformasi dalam diri aku masih menebal sehingga berbelas tahun bekerja di sebuah syarikat swasta. Kadang-kadang bila mengenangkan ‘darah muda’ aku sewaktu 1998, aku pun tidak tahu mengapa aku sanggup mengetepikan ramai orang demi Anwar.

Kini, aku cuma fokus kepada kerjaya dan keluarga. Sudah malas hendak menempuh FRU dan pelbagai agensi keselamatan lain dalam demonstrasi-demonstrasi lain.

Ternyata, langkah aku fokus kepada dua perkara itu tepat. Reformasi yang bermati-matian diperjuangkan kini sudah mati! Ya, reformasi sudah mati! Kalau ada pun cuma sekelumit.

Sekarang adalah re’JILAT’basi REFORMASI. Orang yang kau tuduh zalim, ‘bapa perompak negara’, firaun, bodoh itulah yang kau ‘sembah’ semula. Inilah pengkhianat perjuangan. Maaflah Kak Wan (Wan Azizah), kenapalah sanggup ‘jilat’ semula ludah yang kau ‘hamburkan’ dulu?

Lupakah Kak Wan pada perjuangan adik-adik, anak-anak Kak Wan dulu iaitu pada 1998? Sanggup Kak Wan dan yang lainnya ‘sembah’ semula si ‘Mahafiraun’ itu?

Kak Wan, kami dahulu ‘bermandikan’ air yang menyakitkan yang disembur oleh FRU. Macam-macam kami lalui. Ini balasan Kak Wan?

JIJIK!!!┬áItu perkataan sesuai untuk mereka yang mengkhianati reformasi 1998. Rasanya Nurul Izzah pernah ‘terbang’ ke Manila (rasanya berjumpa dengan Presiden Filipina ketika itu) untuk menuntut sokongan bagi mengenakan tekanan terhadap Mahathir.

Tetapi kini, drama apa yang kalian cuba hidangkan? Kadang-kadang ‘geli’ rasanya tengok ‘budak-budak baru nak up’ dalam perjuangan ini dok sembang hal hendak selamatkan negara. Pi (pergi) masuk sekolah (belajar) sahajalah sebab kau tak pernah merasa apa itu 1998.

Aku tidak sokong kerajaan Barisan Nasional (BN). Tetapi bagi aku, hipokrit dalam pembangkang ini lagi ‘jahanam’, maaf cakaplah.

Tulisan di atas adalah pandangan peribadi pengirim/pembaca dan tidak mencerminkan langsung pandangan daripada pihak Malaysia Kini 2.0…