Pembantu Menteri Parti Warisan Ditegur Mengeluh Apabila Ibu Bapa Minta Bantu Cari...

Pembantu Menteri Parti Warisan Ditegur Mengeluh Apabila Ibu Bapa Minta Bantu Cari Kerja Mahasiswa Menganggur?

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Telah menjadi adat resam bagi setiap wakil rakyat kerajaan untuk cuba menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan yang diwakilinya dan perkara ini tidak seharusnya dilihat sebagai bebanan oleh seorang wakil rakyat yang telah dipilih orang rakyat untuk mewakili mereka.

Tulisan yang telah dimuat naik oleh Jennifer Lasimbang Adun Moyog kelmarin dilaman sosial Facebook miliknya iaitu “Getting sick and tired of getting phone calls; WhatsApp and emails from PARENTS asking me to look for a job for their children – unemployed GRADUATES!” terjemahannya “Sudah muak dan penat mendapat panggilan telefon, whatsapp, dan emel daripada ibu bapa meminta saya mencari kerja untuk anak-anak mereka – Mahasiswa menganggur”.

Tulisan Jenifer ini telah tular di laman media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sekaligus mendapat reaksi negatif serta kecaman oleh sebilangan besar belia dan mahasiswa khususnya di Penampang dan Kota Kinabalu.

Menurut salah seorang mahasiswa yang enggan namanya disiarkan berkata “Jenifer tidak sepatutnya mengeluh apabila ada ibu bapa di kawasan beliau meminta bantuan untuk mendapatkan pekerjaan bagi anak-anak mereka, harus diingat janji Pakatan Harapan (PH)sebelum ini adalah untuk menyediakan pekerjaan kepada sejuta orang apabila PH dapat menawan Putrajaya termasuk Sabah.

Sumber Foto; Petikan Portal Berita FMT

“Shafie Apdal juga pernah berjanji untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah, rakyat sebenarnya hanya menuntut janji, kerajaan Sabah ketika ini adalah juga kerajaan Pakatan Harapan”, tambahnya lagi.

Mutakhir ini semakin banyak keluhan yang dilontarkan oleh mahasiswa termasuk para belia di seluruh Sabah akan kesusahan bagi mendapatkan pekerjaan. Golongan ini juga turut menepis dakwaan liar kononnya salah satu sebab pengangguran berlaku dikalangan golongan ini adalah kerana mereka memilih pekerjaan.

Menurut beberapa orang mahasiswa lagi kerajaan terdahulu bertindak bijak dengan menyediakan program latihan SL1M dengan elaun bulanan (Skim laihan 1 Malaysia) yang mana menurut mereka kebanyakan mahasiswa yang selesai mengikuti program ini akan mendapat pekerjaan tetap.

Melalui program ini juga masalah pengangguran sedikit sebanyak telah dapat diatasi namun malangnya program seumpama ini tidak ada lagi.

Mereka turut menambah “bantuan sara hidup sebanyak RM450 setahun dahulu juga sedikit sebanyak dapat membantu golongan mahasiswa dan belia bagi menampung kos perbelanjaan mereka”.

Menurut pandangan sebahagian penganalisis politik pula, selepas 10 bulan berlalu jelas masih belum kelihatan plan tindakan untuk merancakkan ekomomi di Sabah oleh Datuk Seri Shafie Apdal, sebaliknya yang kelihatan agak kehadapan adalah kesungguhan Shafie menyelesaikan masalah kanak-kanak tanpa dokumen di Sabah.

Tambah mereka lagi “sebelum ini projek bernilai RM13 bilion pembukaan kilang petrokimia di Lahad Datu yang bakal dilaksanakan oleh Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) Lahad Datu dan Burel Industries Sdn Bhd juga bukanlah di atas usaha Datuk Seri Shafie Apdal sebaliknya perbincangan usahasama ini sebenarnya telah lama diadakan dengan dan telah berjalan sebelum PRU ke 14 lagi oleh POIC Dan Burel Industries.”

Berikut adalah beberapa lagi komen para netizen khususnya rakyat Sabah berhubung isu ini;