Pemegang Saham UFC Dari Kalangan Artis Dan Atlet Terkenal Dunia

Pemegang Saham UFC Dari Kalangan Artis Dan Atlet Terkenal Dunia

0
SHARE
Ultimate Fighting Championship (UFC)...

NEW YORK – Agensi bakat Hollywood WME-IMG hari ini mendedahkan bahawa artis dan atlet terkenal dunia antara pemegang saham sukan Ultimate Fighting Championship (UFC).

Menurut bos WME Ari Emanuel, semua pemegang saham itu adalah peminat setia UFC yang mana mereka sering menghubungi agensi berkenaan untuk mendapatkan tiket.

Semua pemegang saham tersebut membeli saham tersebut selepas Presiden UFC iaitu Dana White dan rakan kongsinya menjual pegangan saham majoriti syarikat promosi itu bernilai 3.2 bilion pound (RM17.14 bilion) pada tahun 2016.

Antara artis dari kalangan pelakon Hollywood yang meminati sukan ini dan menjadi pemegang saham adalah Sylvester Stallone, Ben Affleck dan Mark Wahlberg.

Bintang tenis wanita juga tidak ketinggalan memiliki pegangan saham UFC antaranya Maria Sharapova, adik beradik Williams Venus dan Serena, serta Li Na.

Kumpulan muzik Red Hot Chilli Peppers dan penyanyi utama Maroon 5 Adam Levine juga antara nama besar yang melabur dalam kejuaraan ini.

Selain itu rama lagi nama besar Hollywood seperti pengarah Tyler Perry dan Michael Bay, serta pengacara popular Jimmy Kimmel dan Conan O’Brien yang mengambil peluang sebagai pelabur UFC.