Pemendekkan Tempoh Mohd Hashim Sebagai Pengerusi SPR

Pemendekkan Tempoh Mohd Hashim Sebagai Pengerusi SPR

0
SHARE
Tan Sri Mohd Hashim Bin Abdullah...

KENYATAAN MEDIA

PEMENDEKAN TEMPOH PERKHIDMATAN YBHG TAN SRI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH SEBAGAI PENGERUSI SPR

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia memaklumkan bahawa YBhg Tan Sri Mohd Hashim bin Abdullah akan memendekkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi SPR berkuat kuasa pada 1 Julai 2018.

Pemendekan tempoh perkhidmatan ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dimaklumkan melalui surat daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara bertarikh 7 Jun 2018. Pemendekkan tempoh perkhidmatan ini juga telah dimaklumkan kepada YAB Perdana Menteri melalui surat rasmi bertarikh 11 Jun 2018.

Untuk rekod, YBhg Tan Sri Mohd Hashim bin Abdullah mula menyertai SPR pada 5 September 2014 sebagai Timbalan Pengerusi dan dilantik sebagai Pengerusi pada 24 Januari 2016. SPR turut merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Tan Sri Mohd Hashim bin Abdullah atas khidmat bakti beliau sepanjang perkhidmatan di SPR.

Sekian, terima kasih.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia
Tarikh: 13 Jun 2018 / 28 Ramadhan 1439H