Pemimpin Parti Warisan Memang Juara Pembohong, Rakyat Sabah Wajib Tolak PRU Akan...

Pemimpin Parti Warisan Memang Juara Pembohong, Rakyat Sabah Wajib Tolak PRU Akan Datang, Susulan Video Amarjit Tular Bantah Empangan- Aktivis

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Beberapa orang aktivis masyarakat tempatan melabelkan pemimpin Parti Warisan Sabah sebagai pemimpin yang langsung tidak boleh dipercayai susulan tersebarnya video yang memaparkan ucapan Amarjit Singh, mantan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah yang menyatakan bantahan kepada pembinaan empangan di Penampang termasuk Papar.

Video yang berdurasi 23 saat tersebut tular sejak kelmarin di laman media sosial Facebook dan sebaran aplikasi WhatsApp jelas menimbulkan kemarahan majoriti rakyat Sabah terhadap pemimpin Parti Warisan yang disifatkan oleh mereka sebagai pemimpin pembohong dan juga ‘lidah bercabang’.

Amarjit pada saat ke-12 dalam video tersebut kelihatan berucap dalam satu forum di antaranya “We do not need Dam at this moment, you need to improve other things”, (Kami tidak memerlukan empangan pada masa ini, anda perlu memperbaiki perkara lain).

Namun, apa yang mengejutkan dan menghairankan ialah apabila Amarjit sendiri telah menandatangani surat tawaran awal kerja melaksanakan empangan Papar pada 10 Oktober 2019 iaitu sehari selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengisytiharkan pelantikan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), sebagai tidak sah.

“Sebelum memerintah Sabah dan dapat jawatan Pengarah Jabatan Air cakap lain, selepas dapat jawatan tindakan serta cakap jelas berbeza, malahan meluluskan pula empangan Papar yang dulu ditentang sendiri oleh Amarjit, tindakan ini adalah jelas satu bentuk cubaan memperbodohkan seluruh rakyat Sabah,” kata beberapa orang aktivis yang ditemui.

Aktivis lainnya juga ada yang berkata “sebelum ini Terrence Siambun (mantan ADUN Moyog) sendiri, Darell Leiking dan Kenny Chua (kini ADUN Inanam) juga kelihatan juara dalam memperjuangkan bantahan empangan oleh kerajaan terdahulu dan pernah menubuhkan sebuah NGO yang bernama ‘BANTAH’ bagi mengumpul tandatangan orang ramai sebagai bantahan pembinaan empangan Penampang termasuk Papar”.

Foto Darell Leiking berucap kepada penduduk kampung sebagai bantahan agar pembinaan empangan dibatalkan oleh kerajaan terdahulu…
Foto Yb Darrel Leiking yang turut menunujukkan sekeping plakad membantah pembinaan empangan Papar sebelum PRU-14…

“Terrence juga pernah mencadangkan agar Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga mantan Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah meletak jawatan sebagai ‘Huguan Siou’ sekiranya tidak mampu lagi melindungi tanah nenek moyang orang Penampang untuk dijadikan empangan.”

Kenyataan akhbar Siambun dipetik di Borneo Post Online…
Kenyataan akhbar Siambun dipetik di Borneo Post Online…
Kenyataan akhbar Siambun dipetik di Borneo Post Online…

“Yang peliknya sekarang pemimpin KDM yang berada dalam Parti Warisan dan UPKO masih lagi berdiam diri, malahan ada yang menyokong pembinaan empangan tersebut. Oleh sebab itu kami juga mencadangkan agar kesemua pemimpin KDM termasuk Darell Leiking, Peter Anthony, Madius Tangau dan lain-lain yang berada di dalam Parti Warisan dan UPKO agar turut meletak jawatan sebagai cabaran kerana tidak mampu lagi mempertahankan tanah penduduk asal di Papar.”

“Bukan sahaja Chua, Darell, dan Terence Siambun tetapi dilihat juga ADUN Tanjung Aru, Junz Wong sebelum ini turut bermati-matian membantah projek pembinaan Tanjung Aru Eco Development (TAED) di Tanjung Aru kerana akan merosakkan alam semula jadi dan juga turut memfitnah Tan Sri Musa Aman kononnya telah menggadaikan tanah tersebut kepada negara China tetapi selepas Junz dilantik menjadi menteri penuh, Junz membuat pusingan ‘U’ dan menyokong pula pembinaan tersebut, bukankah ini adalah satu tindakan yang jelas memperbodohkan rakyat Sabah?” soal mereka lagi.

Kenyataan U-Turn Junz Wong menyokong pembinaan projek TAED dipetik di Borneo Post Online…

Foto sebelum PRU14, kelihatan kedua pemimpin Warisan Terence Siambun & Junz Wong marah dengan mantan Mayor DBKK meminta agar projek Tanjung Aru Eco Dibatalkan…

Untuk rekod, dalam satu temubual dengan wartawan, Kenny Chua selaku Pengeusi jawatankuasa Projek ‘BANTAH’ sebelum ini juga pernah berkata “masyarakat Ulu Papar mempunyai hak untuk memperjuangkan agar empangan dibatalkan pembinaannya dan itu berkaitan dengan hak mereka.”

“Penduduk asal Papar meminta agar tanah nenek moyang, rumah dan warisan mereka ditinggalkan sendirian. Mereka tidak meminta wang atau apa-apa tetapi hanya untuk hak mereka dihormati dan tinggal di rumah mereka sendiri”.

“Empangan yang akan dibina (Kaiduan termasuk Papar) akan mengancam sumber semula jadi dan landskap, mengubah sepenuhnya gaya hidup komuniti yang terjejas, mengakibatkan hilangnya budaya dan tradisi, tapak suci dan penempatan masyarakat,” kata Chua lagi.

Ironinya apabila Chua telah dipilih menjadi wakil rakyat dan Pembantu Menteri di atas lantikan Shafie Apdal, Chua telah mengambil pendekatan berdiam diri apabila projek empangan Papar telah diluluskan oleh Kerajaan Warisan Sabah.

Sumber foto dipetik daripada portal berita BH Online…
Sumber foto dipetik daripada portal berita tempatan Sabah…

Beberapa orang individu yang enggan namanya disiarkan ketika diminta mengulas mengenai video tersebut pula berkata “rakyat Sabah bukan bodoh dan bukan mudah diperbodohkan, empangan Papar yang bernilai 2 billion rimggit itu jelas akan mendatangkan keuntungan kepada individu tertentu, harus diingat bahawa Amarjit dan Peter Anthony pernah dikenakan tahanan reman di atas kes rasuah membabitkan peruntukan luar bandar KKLW yang bernilai 1.5 billion dan kes penjualan tanah bernilai 15.5 juta ringgit. Justeru, sudah tentu ada yang tidak kena dalam urusan empangan Papar ketika ini apabila kedua-dua mereka terlibat dalam pembinaan empangan terbabit.”

Sumber foto dipetik daripada portal berita FMT…
Sumber foto dipetik daripada portal berita FMT…
Sumber foto dipetik daripada portal berita FMT…
Sumber Foto; Blog Sensasi Media…

“Justeru itu, tidak ada cara lain lagi untuk mengajar kepimpinan Parti Warisan Sabah ketika ini sebaliknya seluruh rakyat Sabah diminta berganding bahu untuk menumbangkan Parti Warisan pada pilihan raya yang akan datang, ini adalah sebagai satu bentuk pengajaran kepada mereka. Sabah ketika ini memerlukan bukan sahaja pemimpin yang bijak mengurus tadbir negeri Sabah tetapi juga seharusnya bersikap jujur kepada rakyat Sabah selari dengan konsep pemimpin melalui teladan”.