Pemimpin Parti Warisan Sabah, Junz Wong Pembohong Besar – Aktivis Alam Sekitar

Pemimpin Parti Warisan Sabah, Junz Wong Pembohong Besar – Aktivis Alam Sekitar

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah dilihat amat bernasib malang kerana bukan sahaja memiliki Ketua Menteri yang terlalu lemah untuk mentadbir negeri Sabah, tetapi juga mempunyai tahap Menteri Kabinet Negeri yang kini mendapat jolokan ‘Menteri Pembohong’, demikian menurut aktivis alam sekitar yang merujuk kepada Junz Wong Menteri daripada Parti Warisan Sabah.

Junz yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan mendapat kecaman daripada segelintir aktivis alam sekitar apabila dilihat cuba berbohong dengan mengaitkan aktiviti haram pengeboman ikan di perairan Sabah kononnya telah dilakukan oleh golongan kanak-kanak.

Aktiviti haram pengeboman ikan baru-baru ini telah tular di laman media sosial Facebook serta mengejutkan ramai pihak apabila sekumpulan pelancong yang melakukan selaman di Taman Tunku Abdul Rahman (TARP) terpaksa memberhentikan selaman mereka selepas terasa gelombang kuat di bawah air selepas bom tersebut dilepaskan.

Penyelam pelancong terpaksa berhenti menyelam susulan insiden bom ikan…(Sumber foto dipetik daripada NST)

Tindakan Junz membuat kenyataan tersebut dilihat seolah-olah cuba melindungi warga Filipina yang semakin menggila dalam menjalankan aktiviti haram pengeboman ikan di perairan Sabah semenjak Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah.

Memetik kenyataan Junz melalui portal berita Daily Express Sabah pada 01 Feb yang lalu, Junz berkata “beliau sangat sedih apabila rakyat terus berbuat demikian (pengeboman ikan) tetapi lebih sedih kerana kebanyakan pengebom ikan ini adalah kanak-kanak dan apabila kita menangkap mereka, kita tidak tahu di mana untuk meletakkan mereka, kerana mereka adalah kanak-kanak.”

Kenyataan Junz menuduh aktiviti pengeboman ikan dilakukan oleh kanak-kanak… (Sumber foto dipetik daripada portal berita Daily Express Sabah)
Junz dakwa tidak tahu letak dimana tangkapan bom ikan disebabkan masih kanak-kanak..(Sumber foto dipetik daripada Daily Express Sabah)

Junz juga berkata kanak-kanak yang terlibat kononnya berumur 15 dan 16 tahun dengan yang paling muda berumur 10 tahun.

Junz dakwa kanak-kanak berusia 15, 16 dan 10 tahun bom ikan. Foto…(Sumber foto dipetik daripada Daily Express Sabah)
Kenyataan Junz menuduh aktiviti pengeboman ikan dilakukan oleh kanak-kanak dipetik dari portal berita NST…

Kenyataan Junz tersebut walau bagaimanapun telah disangkal oleh ACP Haji Mohamad Pajeri Ali, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah bahawa kanak-kanak terlibat dalam kes pengeboman ikan di perairan Sabah adalah tidak benar.

Memetik kenyataan ACP Mohamad melalui portal berita NST, terdapat hanya empat juvana daripada 77 orang yang ditangkap di seluruh Sabah dan Labuan untuk aktiviti pengeboman ikan dan memiliki bahan peledak antara 2018 dan tahun 2019.

Kenyataan penafian oleh ACP Hj Mohamad Pajeri Ali hanya 4 kanak-kanak dibawah umur ditangkap aktiviti bom ikan, dipetik dari portal berita NST…

“Julat umur untuk empat orang muda adalah antara 16 dan 18 tahun.”

Mengulas lanjut isu ini, aktivis alam sekitar mempersoalkan dari mana Junz memperolehi angka dan maklumat bahawa majoriti kanak-kanak telah ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti pengeboman ikan dan yang lebih mengejutkan lagi daripada mana Junz mendapatkan sumber kanak-kanak berumur 10 tahun melakukan aktiviti tersebut.

“Kenyataan penafian oleh ACP Mohamad tersebut amat dialu-alukan dan ini satu petunjuk yang cukup jelas menunjukkan bahawa Junz telah melakukan satu lagi fitnah besar yang tidak boleh dimaafkan oleh seluruh rakyat Sabah.”

“Ini bukan kali pertama Junz melakukan fitnah dan berbohong, malahan sebelum ini turut menabur fitnah kononnya kerajaan terdahulu telah menggadaikan tanah di Tanjung Aru kepada kerajaan Komunis China untuk pembinaan Tanjung Aru Eco Development (TAED).

Fitnah jahat Junz kononnya Tanjung Aru Eco Development (TAED) telah digadai kepada negara Komunis China…(Sumber dipetik daripada portal media online)

Foto sebelum PRU14, kelihatan kedua-dua pemimpin Warisan Terence Siambun & Junz Wong marah dengan mantan Mayor DBKK meminta agar Projek Tanjung Aru Eco Development dibatalkan…
Kenyataan U-Turn Junz Wong menyokong pembinaan projek TAED yang mana dahulunya menentang projek tersebut…(Sumber foto dipetik daripada Borneo Post Online)

“Malangnya dalam pada masa yang sama selepas Shafie dan Warisan mentadbir negeri Sabah melalui ‘jalan pintu belakang’, Shafie dilihat telah menjadikan negara China sebagai salah satu negara untuk mencari pelabur bagi melabur di Sabah. Adakah ini bukan menggadai Sabah kepada China?” soal mereka lagi.

Foto Shafie bersama pelabur dari China, Adakah ini bukan menggadai Sabah?…(Sumber foto dipetik daripada portal berita BH Online)
Sumber foto dipetik daripada portal berita Daily Express Sabah Online…
Foto dipetik daripada portal FMT Online…

“Junz sebelum ini juga pernah menuduh kononnya pihak Polis gagal menjaga keamanan di Kota Kinabalu apabila membuat tuduhan kononnya seorang remaja wanita telah ditetak oleh PATI di kompleks membeli-belah Suria Sabah, tetapi malangnya pihak Polis turut mengesahkan tuduhan Junz tersebut sebagai satu pembohongan dan fitnah berikutan pengakuan wanita tersebut yang sebenarnya telah mencederakan dirinya sendiri akibat masalah keluarga.”

Tuduhan fitnah Junz Wong kononnya Kota Kinabalu tidak selamat selepas wanita ditetak di kompleks membeli-belah Suria Sabah…
Junz Wong memohon maaf atas fitnah yang telah dibuat…(Sumber foto dipetik daripada MStar Online)

“Justeru, inilah level (tahap) Menteri Parti Warisan yang ada di Sabah ketika ini. Sepatutnya Junz bangkit mempertahankan keselamatan penyelam yang terdiri daripada pelancong-pelancong dalam dan luar negara yang mana nyawa mereka ketika ini terancam akibat aktiviti bom ikan, bukannya membuat kenyataan ‘bodoh’ yang tidak sepatutnya keluar dari lidah seorang yang berpangkat Menteri Kabinet Sabah,” mereka berkata lagi dengan nada kesal dan marah.