Pemimpin Parti Warisan Sabah Pembohong Besar?

Pemimpin Parti Warisan Sabah Pembohong Besar?

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH –  “PEMBOHONG BESAR!!, rakyat mesti bangkit protes”, ini adalah ungkapan lisan yang telah disuarakan oleh sebahagian aktivis alam sekitar dan NGO kepada beberapa orang pemimpin Parti Warisan Sabah susulan pengumuman semula perlaksanaan projek Pembangunan Eko Tanjung Aru (TAED) termasuk empangan di Papar.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Dato’ Peter Anthony Menteri Pembangunan Infrastruktur mengumumkan akan meneruskan projek yang bernilai berbillion ringgit tersebut.

Sebelum ini, beberapa orang pimpinan Parti Warisan Sabah di antaranya Junz Wong dan Terence Siambun kelihatan bersungguh-sungguh menentang cadangan projek Pembangunan Eko Tanjung Aru (TAED) termasuk empangan tersebut kononnya ianya akan menyebabkan kepada kerosakan teruk kepada alam semula jadi dan alam sekitar.

Junz Wong, Terence Siambun serta beberapa orang aktivis alam sekitar juga dilihat pernah menghantar memorandum bantahan kepada Mayor Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai agar segera membatalkan projek Pembangunan Eko Tanjung Aru (TAED).

Foto sebelum PRU14, kelihatan kedua pemimpin Warisan Terence Siambun & Junz Wong marah dengan mantan Mayor DBKK meminta agar projek Tanjung Aru Eco Dibatalkan…

Mereka berdua juga kelihatan agak marah dan mahu agar Mayor dapat melakukan sesuatu agar projek tersebut segera dibatalkan…

Bukan itu sahaja, malahan Junz Wong yang juga ADUN Tanjung Aru itu juga telah mengesahkan dan memberikan jaminan sebelum ini sekiranya Parti Warisan memerintah negeri Sabah projek tersebut akan dibatalkan.

Sumber Foto: Portal Tempatan Online…

Namun, pengumuman yang telah dibuat oleh Dato’ Peter Anthony jelas menimbulkan kemarahan aktivis alam sekitar terbabit.

Kumpulan aktivis hijau termasuklah Kota Kinabalu Save Open Space (SOS KK) turut mengkritik kerajaan Warisan selepas Anthony membuat kenyataan pusingan-U berhubung projek terbabit.

Menurut SM Muthu daripada Kumpulan Selamatkan Ruang Terbuka (Kota Kinabalu Save Open Space) SOS KK, tindakan Kerajaan Warisan meneruskan projek di Tanjung Aru adalah satu pengkhianatan kepada rakyat Sabah.

“Apa guna kami mengundi mereka dalam masa yang sama mereka tidak tunaikan janji,” soal Muthu lagi.

Dalam pada itu, sebahagian aktivis lainnya termasuk pihak Gerakan Anti Rasuah Malaysia (GERAM) turut mengulas bahawa Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Dato’ Peter Anthony sepatutnya ditukar sejak awal lagi memandangkan latar belakang serta kontroversi terhadap beliau telah menimbulkan kesangsian terhadap tahap intergriti yang sepatutnya wujud dikalangan semua menteri yang dilantik.

“Bukankah Peter Anthony sebelum ini pernah direman oleh SPRM berkaitan kehilangan wang deposit pembelian tanah RISDA bernilai RM15.5 juta ini tidak termasuk projek luar bandar Sabah yang bernilai 1.5 billion.”

Sumber Foto; Blog Sensasi Media…

“Yang menggugurkan kes untuk pendakwaan di Mahkamah hanya datang daripada Peguam Negara namun harus diingat bahawa pihak SPRM masih belum menggugurkan kes ini”.

“Peter Anthony adalah seorang kontraktor lesen kelas ‘A’ yang aktif disamping mempunyai rakan-rakan juga dikalangan kontraktor, dalam masa yang sama menerajui Kementerian Pembangunan Infrastruktur yang bertanggung jawab menguruskan projek-projek pembangunan di negeri Sabah, tidakkah anda semua merasa pelik tentang situasi ini,” mereka berkata lagi.

Rakyat Sabah diminta untuk menandatangani petition bantahan untuk Projek Tanjung Aru Eco Development dipautan link seperti berikut : https://www.change.org/p/sabah-chief-minister-mohd-shafie-bin-haji-apdal-stop-the-tanjung-aru-eco-development-sdn-bhd-taed-project/u/24747999

Berikut merupakan komen dan suara rakyat Sabah yang dipetik daripada laman media sosial Facebook berhubung isu ini;