Pemimpin Politik Kerajaan PH Jelaskan Pembayaran BR1M Timbulkan Beban Kewangan Negara

Pemimpin Politik Kerajaan PH Jelaskan Pembayaran BR1M Timbulkan Beban Kewangan Negara

0
SHARE

PUTRAJAYA – Keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengurangkan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara beransur-ansur sebelum menghentikannya adalah satu keputusan yang tepat kerana bantuan itu menimbulkan beban kewangan kepada negara untuk jangka panjang, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar.

Katanya BR1M yang diperkenalkan pada 2012 itu juga diagih secara tidak adil kepada rakyat.

“Berikutan kedudukan ekonomi semasa negara, BR1M tidak mampan untuk jangka panjang. Bantuan bermula dengan RM500, RM800 dan kemudian RM1,200 di mana akan berakhir?

Dr Xavier Jayakumar…

“Bukan semua orang dapat (BR1M). Bantuan itu diagih secara tidak adil di akar umbi… hanya satu alat politik,” katanya ketika ditemui pada Jamuan Tengah Hari Bersama Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, di sini hari ini.

Dalam temu bual dengan sebuah portal berita baru-baru ini, Dr Mahathir dipetik berkata pentadbirannya berhasrat mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum menghentikannya.

Semalam, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pengagihan BR1M harus dihentikan kerana bantuan itu mempunyai elemen rasuah untuk mendapatkan sokongan rakyat.

– BERNAMA