Pemuda UMNO Gesa Kerajaan Segera Tubuhkan RCI Terhadap Tabung Haji (TH)

Pemuda UMNO Gesa Kerajaan Segera Tubuhkan RCI Terhadap Tabung Haji (TH)

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) bagi menyiasat segala dakwaan penyelewengan dalam institusi tersebut.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan hari ini berkata, perkara itu penting  bagi mengembalikan keyakinan pelabur dan kira-kira 9.4 juta pendeposit institusi terulung umat Islam negara itu.

“Walaupun RCI mengenai TH bukanlah sebahagian daripada janji kerajaan (sebaliknya janji manifesto Pakatan Harapan [PH]), namun rakyat berhak mendapat penjelasan yang tuntas dan telus mengenai pelbagai tuduhan penyelewengan yang digembar-gemburkan oleh kerajaan terdahulu,” katanya.

Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki…

Asyraf berkata, TH adalah institusi yang cukup bernilai di hati rakyat Malaysia dan kecemerlangannya sebelum ini bukan sahaja diiktiraf oleh dunia malah prestasi kewangan yang memberangsangkan setiap tahun membolehkan pendeposit berkongsi hibah dan bonus setiap tahun secara purata tidak kurang daripada 6.25% setelah ditolak zakat 2.5%.