Pencuri Terjun Ke Laut Selepas Bot Dipintas APMM

Pencuri Terjun Ke Laut Selepas Bot Dipintas APMM

0
SHARE

SEMPORNA – Dua lelaki dipercayai pencuri nekad terjun ke laut selepas bot yang dinaiki dipintas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Semporna, hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, dipetik sebagai berkata Pengarah Maritim Pangkalan Semporna, Leftenan Komander Maritim Amiluddin Yenggah bahawa, hasil risikan dan maklumat dari orang awam, anggota APMM berjaya memintas bot yang dinaiki dua lelaki pada 3.30 pagi.

“Selepas memintas bot berkenaan,kedua-dua suspek nekad terjun ke laut dan berenang ke kawasan perumahan kampung air sebelum berjaya menghilangkan diri.

“Hasil siasatan mendapati, bot itu dipercayai digunakan untuk mencuri selepas penemuan enjin sangkut, pemotong besi dan tiga botol bom ikan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Amiluddin,bom ikan yang ditemui dipercayai digunakan suspek untuk mempertahankan diri sekiranya berhadapan dengan pihak penguatkuasa.

“Bot dan barang curi berkenaan dibawa ke jeti untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya.