Penduduk Siap Sedia Berpindah Berikutan Ribut Tropika Pabuk

Penduduk Siap Sedia Berpindah Berikutan Ribut Tropika Pabuk

0
SHARE

KOTA BHARU – Penduduk berhampiran persisiran Pantai Cahaya Bulan di sini mula bersiap sedia untuk perpindah ke kawasan yang lebih selamat susulan paras ombak yang semakin tinggi berikutan ribut tropika Pabuk yang melanda negeri ini.

Seorang penduduk, Razali Rashid, 63, berkata, ketika ini keluarganya telah memindahkan dokumen penting ke tempat yang selamat berjauhan daripada rumahnya yang terletak kira-kira 15 meter daripada pesisir pantai itu.

“Kami menyimpan dokumen tersebut di surau yang terletak 500 meter daripada rumah saya kerana dikhuatiri sekiranya ¬†limpahan ombak memasuki rumah kami…

“Barangan elektrik¬†saya simpan di tempat yang tinggi dan matikan suiz untuk mengelak daripada rosak dan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya kepada Bernama ketika membuat tinjauan di pantai berkenaan di sini hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi telah memberi amaran angin kencang dan laut bergelora peringkat kuning di Kelantan dan Terengganu berikutan pembentukan satu siklon tropika di perairan Laut China Selatan.

– BERNAMA