Penemuan Virus Polio Bukti ‘PILAK’ Pembawa Penyakit, Hantar Mereka Pulang, Kami Bantah...

Penemuan Virus Polio Bukti ‘PILAK’ Pembawa Penyakit, Hantar Mereka Pulang, Kami Bantah PSS!!

0
SHARE

KOTA KINABALU – Sabah dikejutkan dengan berita seorang bayi lelaki berumur tiga bulan yang disahkan telah dijangkiti ‘Virus Polio’ pada 8 Disember 2019 yang lalu.

Ironinya, penemuan itu merupakan yang pertama seumpamanya selepas 27 tahun dan berlaku di satu kawasan setinggan di daerah Tuaran di mana kawasan tersebut didominasi oleh warga Filipina yang tinggal di negeri Sabah secara haram.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memberitahu media bahawa mangsa itu didapati mengalami demam diikuti lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi selepas disahkan dijangkiti Vaccine-Derived Poliovirus Type 1 (VDPV1).

Sumber foto dipetik dari portal berita Astro Awani Online…

Keesokan harinya pada 9 Disember, Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memberitahu dalam satu sidang media bahawa ibu bapa bayi tersebut merupakan bukan rakyat negara ini.

“Hanya ada dua kemungkinan simptom berkenaan berlaku iaitu datang dari Filipina atau keluarga terbabit ke luar negara (Filipina),” kata Dzulkefly yang dipetik sebagai memberitahu kepada pengamal media di Putrajaya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan berkata,
punca jangkitan ‘Virus Polio’ dialami seorang bayi lelaki berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah yang disyaki datang dari luar negara, Filipina…(Sumber foto dipetik dari portal Berita Harian Online…)

“Dalam persekitaran tidak sanitari, penyakit ini boleh menjangkiti orang lain yang tiada imuniti terhadap ‘Polio’ dan terus tersebar dalam komuniti yang liputan imunisasi ‘Polio’  kurang daripada 95 peratus,” Dr. Noor dipetik dalam satu kenyataan yang diterbitkan dalam portal Berita Harian Online.

Kenyataan di atas memberitahu kepada umum tentang dua isu mengenai ‘Virus Polio’; Pertama, penyakit itu sangat merbahaya dan boleh membunuh, dan Kedua, kanak-anak yang tidak divaksinasi dengan ‘Vaksin Poliomyelitis’ terdedah dengan penyakit polio.

Sumber foto dipetik dari portal WN.com…

Dr. Noor turut mengesahkan bahawa semakin lama virus itu tersebar dalam komuniti terbabit, ia akan mengalami mutasi genetik sehingga menjadikan virus itu semakin aktif.

Sumber foto dipetik dari portal UPND.com.my…

Beliau juga memberitahu bahawa ujian pengesahan yang dijalankan oleh Makmal Polio Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di Australia mendapati virus tersebut ada berkaitan genetik dengan ‘Polio’ yang dikesan pada kes ‘Acute Flaccid Paralysis (AFP)’ di Filipina.

Sumber foto dipetik dari portal Berita Harian Online…
Sumber foto dipetik dari portal Berita Harian Online…

Fakta ini memberi gambaran dengan jelas bahawa rakyat Sabah terutamanya kanak-kanak berada  di ambang bahaya kepada serangan ‘Polio’ secara berfasa dengan melihat kepada statistik warga Filipina yang berjumlah hampir 600,000 orang dan bakal diberikan Pas Sementara Sabah (PSS) mulai 1 Jun 2020.

Mary Albert, seorang aktivis memberitahu tidak seorang pun kanak-kanak warga Filipina (PATI) di Sabah mendapat suntikan ‘Vaksin Poliomyelitis’ disebabkan faktor dokumen.

“Ibu bapa PATI mengelak untuk mendapatkan penyeliaan di klinik-klinik kesihatan sepanjang tempoh mengandung sehinggalah melahirkan anak,” katanya serta menambah bahawa keengganan mereka (PATI) berbuat demikian disebabkan mereka takut ditangkap oleh pihak keselamatan kerana tinggal di negeri ini secara haram.

Faktor-faktor lain adalah disebabkan mereka (PATI) tidak mampu untuk menjelaskan caj perkhidmatan rawatan dan bersalin yang mahal sebagai warga asing.

Kenyataan Mary itu disokong oleh siasatan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi penemuan kes ‘Polio’ di daerah Tuaran bahawa kebanyakan penduduk yang terdiri daripada warga asing Filipina di situ tidak menerima ‘Vaksin Polio’.

‘Vaksin Polio’…

Berdasarkan faktor itu, rakyat Sabah mempunyai asas yang sangat kuat untuk menolak perlaksanaan PSS oleh kerajaan Warisan…

“Jika rakyat tempatan berdiam diri mengenai PSS, ini bermakna mereka menggali lubang kubur sendiri,” kata Hasan Tamin yang juga seorang aktivis.

Kaji selidik yang dilakukan oleh portal ini selama beberapa hari di kawasan pedalaman mendapati rata-rata penduduk daripada pelbagai latar belakang meluahkan perasaan marah kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal kerana dengan sengaja mencipta PSS untuk tujuan menghancurkan masa depan rakyat tempatan asal Sabah.

“Sebagai rakyat Sabah, kami tidak mahu tahu alasan kononnya ini adalah cadangan RCI oleh kerajaan terdahulu, kamu (Parti Warisan) adalah kerajaan sekarang, kenapa kamu tidak hantar kesemua warga ‘Pilak’ ini balik ke Filipina dan suruh mereka buat Passport.”

“Kalau mereka buat Passport untuk melayakkan mereka tinggal di Sabah, mereka perlu melalui SOP Imigresen di mana pemeriksaan kesihatan adalah WAJIB bagi mereka dan sekiranya laporan kesihatan mereka gagal, maka undang-undang tidak akan benarkan mereka menetap di Sabah. Ini adalah untuk kebaikan orang Sabah, tetapi ini tidak berlaku kepada pemegang PSS, sudah tentu penyakit berjangkit sukar dikawal malahan aktiviti jenayah makin sukar dikawal disebabkan kebanyakan masalah jenayah dilakukan oleh orang ‘Pilak’.”

Dokumen IMM13…

“Kami sedia terima pemegang IMM13 kerana mereka telah lama menetap di Sabah sejak tahun 1970 dan pemberian IMM13 pun telah lama dibuat malahan pemegang IMM13 tersebut setiap tahun akan membuat pembaharuan dokumen mereka di Imigresen. Tetapi masalah utama sekarang adalah pemegang Kad Burung-Burung dan banci mereka jelas perlu dihantar pulang dengan kadar segera. Adakah Warisan mempunyai muslihat untuk memutihkan mereka?” soal mereka (rakyat tempatan Sabah) lagi.

Mereka turut mengajak seluruh rakyat Sabah yang lain tanpa mengira anutan agama dan bangsa serta yang tinggal di daerah lain dalam negeri ini supaya bergabung tenaga untuk menentang kerajaan Warisan dan menolak PSS (Pas Sementara Sabah).