Tuesday, September 17, 2019
Pengasas Instagram Letak Jawatan Daripada Facebook Inc.

Pengasas Instagram Letak Jawatan Daripada Facebook Inc.

0
SHARE

ROCKVILLE, MARRYLAND – Instagram mengumumkan kelmarin bahawa pe­ngasas bersamanya, Kevin Systrom dan Mike Krieger masing-masing meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknikal laman perkongsian gambar tersebut yang dimiliki oleh Facebook Inc.

Reuters melaporkan bahawa pengunduran mereka berlaku beberapa bulan selepas pengasas bersama aplikasi mesej WhatsApp yang juga milik Facebook, Jan Koum meletak jawatan.

Instagram merupakan aplikasi yang menjana pendapatan besar dan paling pesat berkembang untuk Facebook…

Mike Krieger (kiri) dan Kevin Systrom (kanan)

Mereka berundur ketika syarikat induknya, Facebook dikecam kerana gagal melindungi data pengguna, usaha politik untuk menyebarkan maklumat palsu dan kecenderungan golongan muda beralih kepada kaedah alternatif untuk kekal berhubung bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Systrom menulis dalam satu laman blog kelmarin bahawa beliau dan Krieger merancang untuk berehat dan meneroka minat dan kreativiti mereka semula.

Bagaimanapun, media Bloomberg melaporkan bahawa peletakan jawatan itu dibuat selepas perbalahan mereka de­ngan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg tentang hala tuju Instagram menjadi semakin kerap.

“Saya mengucapkan yang terbaik buat mereka dan mahu melihat apa yang mereka akan bina selepas ini,” kata Zuckerberg.

Mark Zuckerberg…

Facebook membeli Instagram dalam tahun 2012 pada harga AS$1 bilion (RM4.13 bilion)…

Aplikasi perkongsian gambar itu kini mempunyai seramai 1 bilion pengguna aktif pada setiap bulan.