Pengeluar Kondom Terkemuka Dunia Di Malaysia Terpaksa Hentikan Pengeluaran Secara Global Akibat...

Pengeluar Kondom Terkemuka Dunia Di Malaysia Terpaksa Hentikan Pengeluaran Secara Global Akibat COVID-19

0
SHARE
Proses dimana setiap kondom diuji melalui pukulan pelinciran dan perisa...

KUALA LUMPUR – Masalah kekurangan kondom secara global semakin meningkat, pengeluar terbesar di dunia berkata ini selepas perintah berkurung (lockdown) akibat penularan wabak ‘Koronavirus’ (COVID-19) telah memaksa mereka  menghentikan pengeluaran.

Karex Bhd Malaysia dalam satu kenyataan yang dipetik NST Online berkata bahawa mereka membuat satu dalam setiap lima kondom di seluruh dunia. Ia tidak menghasilkan kondom secara tunggal dari ketiga-tiga kilangnya di Malaysia dalam tempoh 10 hari yang lepas disebabkan oleh perintah berkurung (lockdown) atau lebih dikenali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan oleh kerajaan untuk menghentikan penyebaran virus itu.

Perkara tersebut telah menyebabkan kekurangan hampir 100 juta kondom, biasanya dipasarkan secara antarabangsa oleh jenama-jenama seperti Durex, dibekalkan kepada sistem penjagaan kesihatan negara seperti NHS Britain atau diagihkan melalui program bantuan seperti Dana Penduduk PBB.

“Kami akan melihat kekurangan kondom secara global di mana-mana, yang mana akan menakutkan,” kata ketua eksekutif Karex Goh Miah Kiat memberitahu Reuters minggu ini.

Seorang pekerja menjalankan ujian terhadap kondom di kilang kondom Karex Malaysia…(Sumber Foto; Reuters)

“Kebimbangan saya ialah kepada kebanyakan program kemanusiaan di pendalaman Afrika, kekurangan itu tidak akan hanya dua minggu atau sebulan. Kekurangan itu boleh berlarutan.

Malaysia adalah negara yang paling teruk di Asia Tenggara, dengan 2,161 jangkitan  ‘Koronavirus’ (COVID-19) dan 27 kematian setakat hari ini (28 Mac). Penguncian atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu akan kekal sekurang-kurangnya sehingga 14 April.

Negara pengeluar kondom utama lain adalah China, di mana ‘Koronavirus’ (COVID-19 berasal dan membawa kepada penutupan kilang yang meluas, diikuti India dan Thailand, yang melihat jangkitan hanya berlaku sekarang.

Pembuat barangan kritikal lain seperti sarung tangan perubatan juga menghadapi kesukaran dalam operasi mereka di Malaysia.

Goh turut berkata Karex dalam proses memohon rayuan kepada kerajaan supaya diberi pengecualian untuk beroperasi di bawah syarat-syarat tertentu. Malaysia telah meluluskan pengeluar barangan keperluan lain untuk beroperasi dengan separuh daripada tenaga kerja mereka.

“Perkara yang baik ialah permintaan terhadap kondom masih sangat kuat kerana suka atau tidak, ia masih penting untuk dimiliki,” kata Goh.

“Memandangkan pada masa ini orang mungkin tidak merancang untuk mempunyai anak. Ia bukan masa, dengan begitu banyak ketidakpastian.”