Penggunaan ‘Hidroksiklorokuin’ Tidak Berkesan Untuk Pesakit COVID-19

Penggunaan ‘Hidroksiklorokuin’ Tidak Berkesan Untuk Pesakit COVID-19

0
SHARE

WASHINGTON – Saintis menegaskan bahawa penggunaan ‘hidroksiklorokuin’ ke atas pesakit sejurus mereka dijangkiti COVID-19 didapati tidak berkesan mencegah jangkitan virus itu secara jelas.

Namun, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump seringkali mengangkat ubat tersebut mampu digunakan sebagai ubat pencegahan atau profilaksis terhadap COVID-19.

Memetik laporan AFP, eksperimen yang membabitkan 821 orang sekitar AS dan Kanada bagaimanapun menunjukkan ubat diuji itu tidak menunjukkan keberkesanan secara signifikan berbanding mereka yang menggunakan plasebo bagi tujuan sama.

Penyelidikan yang diketuai kumpulan penyelidik daripada University of Minnesota dan kertas kajian itu sudah disiarkan dalam Jurnal Perubatan New England.

Penyelidik merekodkan golongan dewasa yang bersentuhan dengan seseorang yang mempunyai kes COVID-19 yang disahkan selama lebih dari 10 minit pada jarak kira-kira dua meter atau kurang.

Sebilangan daripada mereka iaitu 719 orang dianggap mempunyai pendedahan ‘berisiko tinggi’ berikutan tidak memakai pelitup separuh muka atau pelindung mata pada ketika itu, sementara selebihnya ‘berisiko sederhana’ kerana menutupi wajah mereka namun tidak mempunyai kaca mata.

Semua pesakit yang diberikan hidroksiklorokuin secara rawat iaitu ubatan yang diperakui digunakan untuk melawan malaria, ‘rheumatoid arthritis’ dan ‘lupus’ atau ‘plasebo’, dalam masa empat (4) hari.

Penyelidik kemudiannya melihat berapa ramai pesakit yang meluaskan rantaian COVID-19 untuk tempoh dua minggu berikutnya, yang disahkan sama ada dengan ujian makmal atau tanda-tanda klinikal.