Pengundi Sepanggar Puji Azis Jamman, Dijangka Lebih Ramai Minta Baiki Rumah Usang

Pengundi Sepanggar Puji Azis Jamman, Dijangka Lebih Ramai Minta Baiki Rumah Usang

0
SHARE

SEPANGGAR, SABAH – Dato’ Azis Jamman Ahli Parlimen Sepanggar dipuji oleh sebilangan penduduk di bawah Parlimen Sepanggar selepas tersebarnya foto rumah usang telah dibaiki oleh Ahli Parlimen tersebut.

Salah seorang penduduk di Sepanggar yang hanya dikenali sebagai Ain berkata, tindakan pro-aktif oleh Azis tersebut sewajarnya patut dipuji dan berharap agar penduduk di bawah Parlimen Sepanggar yang mempunyai rumah usang segera menghantar permohonan mereka kepada pejabat Parlimen Sepanggar untuk kerja-kerja pembaikan.

Sumber Foto; Facebook Rasmi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepanggar…

“Saya fikir sekiranya ada permohonan daripada orang-orang kampung meminta rumah mereka untuk dibaiki, Azis pasti akan membaikinya, memandangkan telah ada bukti yang menunjukkan komitmen Ahli Parlimen tersebut membaiki rumah usang merujuk kepada foto yang tular,” Ain berkata lagi.

Sumber Foto; Facebook Rasmi Dato’ Mohd Azis Bin Jamman…

Donald Peter yang juga tinggal di bawah Parlimen Sepanggar pula berkata, “foto yang tular di mana Azis Jamman membantu membaiki rumah usang salah seorang penduduk Sepanggar adalah bukti jelas menunjukkan Ahli Parlimen Sepanggar yang lalu iaitu Datuk Jumat Idris telah gagal dalam tugas yang telah diamanahkan kepada beliau sebelum ini.”

“Jumat sepatutnya merasa malu melihat gerak kerja Azis yang cemerlang dan turut berharap agar penduduk di kawasan Inanam termasuk Kionsom yang mempunyai rumah usang dapat menghantar permohonan mereka ke pejabat Ahli Parlimen Sepanggar tersebut untuk dibaiki.”

Datuk Jumat Idris…

“Shafie Apdal juga sepatutnya boleh dipersalahkan memandangkan beliau adalah Menteri KKLW sebelum ini, selama hampir 9 tahun menjadi Menteri, rumah usang sepatutnya boleh dibaiki di bawah peruntukan KKLW, malangnya Sabah dahulu telah dianaktirikan oleh Shafie,” Donald berkata lagi.

Mahmud pula berkata, “foto yang tular di laman media sosial Facebook tersebut sepatutnya boleh dijadikan pengajaran oleh ahli Parlimen Warisan yang lain termasuklah DAP dan PKR untuk turut turun padang melihat rumah orang-orang kampung yang usang untuk dibaiki.”

Sambil bersetuju bahawa banyak lagi rumah usang di bawah Parlimen Sepanggar yang perlu dibaiki dan berharap agar pemilik rumah usang tersebut segera menghantar permohonan mereka ke pejabat Ahli Parlimen Sepanggar bagi tujuan pembaikan segera.

“Adalah tidak adil sekiranya satu rumah sahaja dibaiki sedangkan masih banyak lagi rumah kelihatan usang di bawah Parlimen Sepanggar, justeru berharap agar setiap permohonan membaiki rumah usang dapat dibantu oleh Azis,” Mahmud berkata lagi.