Penjara 5 Tahun Buat Pelaku Jenayah Seksual Atas Talian Di Singapura

Penjara 5 Tahun Buat Pelaku Jenayah Seksual Atas Talian Di Singapura

0
SHARE

SINGAPURA – Parlimen Singapura meluluskan rang undang-undang yang menjadikan individu sebagai pelaku jenayah apabila didapati atau bertindak menyebar dan mengancam untuk menyebarkan imej intim sebagai sebagai jenayah, yang boleh dipenjara sehingga lima tahun, selain denda dan rotan.

Menurut satu laporan AFP, Singapura mengharamkan ‘pembalasan dendam lucah’ dan ‘menunjukkan kemaluan siber’, menghantar secara sukarela imej alat sulit, tindakan terkini negara itu ke atas kesalahan seksual yang dilakukan atas talian.

‘Pembalasan dendam lucah’ berlaku apabila bekas pasangan berkongsi gambar atau video intim tanpa kebenaran, yang menjadi masalah global kerana kecanggihan teknologi dan popular media sosial, dengan banyak kerajaan membuat peraturan melarangnya.

“Imej intim boleh dikongsi meluas dan di platform, dan mungkin mustahil dibuang sepenuhnya.

“Ia berpotensi menyebabkan kemudaratan besar kepada mangsa,” kata Menteri Kehakiman dan Dalam Negeri, K Shanmugam.

Perbuatan ‘menunjukkan kemaluan atas talian’ akan dihukum penjara setahun atau denda.

Jika penerima berusia bawah 14 tahun, ia boleh dihukum dua tahun penjara, denda atau rotan.

Perubahan itu adalah sebahagian perubahan besar dalam kanun keseksaan Singapura.

Langkah baru lain termasuk mengharamkan rogol dalam perkahwinan, mengharamkan patung seks kanak-kanak dan menjadikan bunuh diri sebagai jenayah.

Kanun keseksaan berusia hampir 150 tahun Singapura diwarisi daripada Britain yang pernah menjajah republik itu dan disemak sepenuhnya pada kali terakhir pada 2007.