Penularan Wabak ‘Koronavirus’ COVID-19 Bakal Merugikan Syarikat Penerbangan

Penularan Wabak ‘Koronavirus’ COVID-19 Bakal Merugikan Syarikat Penerbangan

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

MONTREAL, KANADA – Syarikat penerbangan secara global bakal menanggung kerugian hampir AS$5 bilion (RM21 bilion) akibat daripada peningkatan kes jangkitan wabak ‘Koronavirus’, COVID-19.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), sebanyak 70 syarikat penerbangan sudah membatalkan penerbangan masuk dan keluar China manakala 50 lagi syarikat mengurangkan penerbangan.

Anggaran awal menunjukkan, akan berlaku pengurangan sekitar 20 juta penumpang berbanding unjuran sebelum ini bagi suku pertama 2020.

Agensi yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata ia mungkin mengakibatkan kehilangan pendapatan sehingga RM21 bilion.

COVID-19, yang mengorbankan hampir 1,500 orang menjangkiti lebih 64,600 pesakit di China, mencatatkan lebih 600 kes di sekitar 30 lokasi di serata dunia.

Hakikatnya, kata ICAO, penggunaan khidmat penerbangan sudah berkurangan sehingga 80 peratus dengan Jepun antara negara paling teruk terjejas, diikuti Thailand.

Sektor penerbangan mengalami kerugian sebegitu besar kerana kadar penggunaan khidmat penerbangan antarabangsa di China bertambah dua kali ganda manakala penerbangan domestik meningkat lima kali ganda dalam tempoh 17 tahun lalu.