Penyaman Udara Bersaiz Kad Bank Direka Sony Untuk Kegunaan Individu

Penyaman Udara Bersaiz Kad Bank Direka Sony Untuk Kegunaan Individu

0
SHARE

TOKYO, JEPUN – Alat penyaman udara mudah alih bersaiz kad bank direka oleh gergasi elektronik Jepun, Sony yang mampu menyejukkan badan pengguna.

Memetik akhbar Daily Mail, penyaman udara tersebut yang dipanggil ‘Reon Pocket’ merupakan satu peranti bluetooth yang menggunakan penyejuk termoelektrik serta mampu meniup angin sejuk kepada pengguna pada musim panas.

Peranti tersebut diletakkan di dalam poket baju dalam khas pada pangkal leher pemakainya dan bersambung dengan sebuah aplikasi yang boleh dikawal menggunakan telefon pintar.

Sony menyatakan, penyaman udara peribadi itu boleh mengurangkan suhu badan pengguna sebanyak 13 darjah Celsius.

Ketika musim sejuk pula, peranti sama boleh memanaskan suhu badan pengguna sehingga 8 darjah Celsius, demikian menurut Sony.

“Alat ini dapat mengurangkan ketidakselesaan disebabkan pelbagai suhu seperti pada musim panas, suhu panas di dalam kereta api yang penuh dengan penumpang, semasa berada di luar rumah pada musim sejuk dan lain-lain,” tambah firma Jepun tersebut.

Bagaimanapun, alat penyaman udara itu akan dilancarkan di Jepun sahaja buat masa ini.Ia disokong oleh sistem operasi iOS dan Android, mempunyai jangka hayat bateri selama 24 jam dengan tempoh cas dua jam.