Penyamun Kena Pukul Batang Mop Lantai

Penyamun Kena Pukul Batang Mop Lantai

0
SHARE

KLANG – Bukan sahaja gagal menyamun, malah dipukul menggunakan sebatang mop lantai.

Itu nasib dialami oleh dua penjenayah selepas aksi tersebut dirakam oleh sebuah kamera video di papan pemuka kereta milik mangsa dalam kejadian di Taman Berkeley, Sabtu lalu.

Kejadian berlaku pukul 11.35 malamĀ  ketika sebuah keluarga baharu sahaja meletakkan kereta jenis Hyundai Santafe di dalam pagar rumah mereka sebaik pulang daripada kompleks beli-belah.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, salah seorang suspek bersenjatakan rantai besi telah bertindak memasuki rumah sebelum memecahkan cermin kereta bahagian penumpang hadapan.

Katanya, seorang lagi menunggu di motosikal depan rumah mangsa.

“Seorang mangsa berusia 40an kemudiannya bertindak keluar dari kereta sebelum memukul dan mengejar suspek menggunakan sebatang mop lantai.

“Tindakan itu mengejutkan mangsa sebelum suspek melarikan diri,” katanya di sini hari ini.

Jelas beliau, akibat kejadian itu mangsa mengalami kerugian kira-kira akibat cermin kereta pecah.

Mazelan menegaskan usaha memburu kedua-dua suspek sedang dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 393, 427 dan 448 Kanun Keseksaan.