Penyanyi Saleem Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

Penyanyi Saleem Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan Iklim, Saleem meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) jam 6.15 pagi tadi.

Berita pemergian Allahyarham Saleem atau nama sebenarnya A.M. Salim Abdul Majeed, 57, disahkan oleh anak tirinya, Iera Fakhira, 29 tahun.

“Ya, ayah telah meninggal dunia. Pihak hospital sedang menguruskan jenazah ayah sebelum disembahyangkan di Surau As Syakirin,  Bandar Mahkota Cheras,” katanya ringkas.

Saleem dimasukkan ke HUKM akibat kemalangan jalan raya pada 21 September lalu yang menyebabkan penyanyi itu patah tulang rusuk.

Jenazah penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Suci Dalam Debu’ itu akan dibawa ke surau As-Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara.