Penyerang Liar Tikam 3 Ahli Kumpulan Teater

Penyerang Liar Tikam 3 Ahli Kumpulan Teater

0
SHARE

RIYADH, ARAB SAUDI – Seorang penyerang liar berjaya ditangkap pihak berkuasa selepas bertindak menikam tiga ahli sebuah kumpulan teater yang membuat persembahan di sini, semalam.

Menurut laporan stesen televisyen tempatan, Al-Ekhbariya yang dipetik AFP berkata “polis Riyadh berjaya menahan seorang penduduk Arab kerana memiliki sebilah pisau selepas dia menyerang dua lelaki dan seorang perempuan, yang juga anggota kumpulan teater.” 

Menurut sumber melaporkan kesemua mangsa berada dalam keadaan stabil.

Berdasarkan rakaman yang disiarkan oleh stesen televisyen itu, seorang lelaki dilihat naik ke atas pentas lalu menyerang mangsa, yang sedang mengadakan persembahan muzikal.

Serangan itu berlaku ketika Arab Saudi sedang mempertingkatkan penganjuran pelbagai persembahan hiburan kepada rakyatnya.

Ia susulan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Putera Mahkota, Mohammed bin Salman, termasuk membenarkan penganjuran konsert, membuka pawagam dan menarik balik larangan wanita daripada memandu.