Pereka Fesyen Terkemuka Dunia, Kenzo Takada Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Pereka Fesyen Terkemuka Dunia, Kenzo Takada Meninggal Dunia Akibat COVID-19

0
SHARE
Kenzo Takada...

PARIS, PERANCIS – Pereka fesyen terkemuka Jepun, Kenzo Takada mangsa terbaharu jangkitan wabak COVID-19 dan disahkan meninggal dunia di ibu kota ini, semalam.

Takada, 81, adalah pereka fesyen Jepun yang juga pengasas jenama global Kenzo di mana beliau merupakan individu pertama berjaya bertapak di Paris.

“Hari ini, optimisme, semangat untuk hidup dan kemurahan hati beliau terus menjadi tonggak Maison (Rumah) kita. Beliau akan sangat dirindui dan diingati selalu,” memetik satu ciapan rumah fesyen Kenzo yang diasaskan mendiang.

Takada melancarkan koleksi pertama beliau di Paris, kira-kira 50 tahun lalu.

“Setiap dinding, setiap langit dan setiap orang yang melewati, membantu saya membina koleksi,” katanya suatu ketika dahulu mengenai Paris yang menjadi tempat beliau bermastautin.

Mendiang bersara pada 1999, iaitu enam tahun selepas menjual jenamanya kepada konglomerat mewah, LVMH, dan mendedikasikan masanya untuk projek ‘one-off’, termasuk satu koleksi reka bentuk pada awal tahun ini.