Perhimpunan Aman Dihadapan Sogo Membantah Kerajaan PH Bertindak Zalim Bekukan Akaun Cucu...

Perhimpunan Aman Dihadapan Sogo Membantah Kerajaan PH Bertindak Zalim Bekukan Akaun Cucu Najib

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Lebih 40 orang aktivis masyarakat dan ahli UMNO yang mewakili dua pertubuhan iaitu Pergerakan Sivil dan Hak Asasi Manusia Malaysia (CHaRM) dan Pemantau Malaysia Baharu berkumpul dihadapan pusat membeli belah, SOGO di Jalan Tun Abdul Rahman, Kuala Lumpur malam tadi, bagi menyuarakan sokongan mereka kepada bekas Presiden UMNO Dato’ Seri Najib.

Perhimpunan aman ini diketuai oleh Dato’ Lokman Adam selaku Presiden Penaja Pemantau Malaysia…

Presidennya, Datuk Lokman Noor Adam berkata, mahkamah tidak perlu melambatkan proses perbicaraan kes ke atas bekas Perdana Menteri itu.

Ahli Parlimen Pekan itu menghadapi pertuduhan pecah amanah dan menyalah gunakan kuasa sebagai penjawat awam membabitkan dana RM42 juta daripada anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn. Bhd.

“Kita minta supaya kerajaan dan mahkamah membicarakan Najib seberapa segera yang mungkin dan tidak perlu dilambatkan…

“Ini merupakan kes melibatkan kepentingan awam dan perlu diberi keutamaan.

“Kalau benar dan pasti Najib melakukan kesalahan bicarakan dia segera, tak perlu tunggu sehingga Februari dan Mac 2019,” katanya.

Peserta juga kelihatan membawa plakad yang tertera perkataan ‘Mana kasut Adam, Kamu menang kerana fitnah’ yang merujuk kepada kerajaan Pakatan Harapan dengan jeritan ‘Bebaskan Najib’, ‘Hidup rakyat hancur Mahathir’.

Turut bersama menyertai himpunan aman tersebut adalah Dato’ Razlan dan Datuk Huan Cheng Guan selaku penaung Gerakan Sivil dan Hak Asasi Manusia Malaysia (CHaRM).