Peringatan Buat Rakyat Sabah, Sarawak Terhadap Kerajaan PH

Peringatan Buat Rakyat Sabah, Sarawak Terhadap Kerajaan PH

0
SHARE

KUCHING, SARAWAK – Pada hari Isnin, 4 Jun 2018, Petronas di bawah Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (HARAPAN) telah memfailkan di mahkamah tertinggi, Mahkamah Persekutuan, untuk mengisytiharkan bahawa minyak dan gas di Sarawak adalah milik Petronas iaitu sebuah syarikat Kerajaan Persekutuan baharu dan tidak kepada rakyat dan kerajaan negeri Sarawak.

Jika tuntutan mahkamah ini berjaya, keputusan itu juga bakal akan dikenakan ke atas negeri Sabah. Ini adalah satu ‘U-Turn’ yang jelas mengenai janji-janji dan manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU14) yang lalu untuk memberikan 20% daripada semua royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak.

Pakatan Harapan (HARAPAN) juga seolah-olah telah membisu dalam manifesto mereka yang lain antaranya memulihkan hak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta memberikan 50% hasil cukai kepada negeri Sabah dan Sarawak.

Niat berkenaan perkara ini sangat jelas apabila Perdana Menteri baharu, Tun Dr Mahathir berkata bahawa beliau tidak berniat untuk menghentikan Petronas daripada memfailkan saman tersebut walaupun beliau mempunyai kuasa untuk memerintahkan Petronas supaya berhenti bertindak demikian.

Sekarang, Tun Mahathir mengatakan isu ini merupakan kes mahkamah yang berstatus aktif dan harus dilihat sehingga selesai.

“Kes itu telah pergi ke mahkamah, terserah kepada mahkamah untuk menentukannya,” kata Tun Mahathir.

Ini jelas menunjukkan “double standard” yang menyangkal niat sebenar Kerajaan Pakatan Harapan dan Tun Mahathir dalam mengkhianati sekali lagi rakyat Sabah dan Sarawak.

Jika mereka boleh melantik Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan walaupun dia mempunyai kes mahkamah yang berstatus AKTIF untuk dua tuduhan rasuah serta sekiranya mereka turut berhasrat mendapatkan Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan kes mahkamah ACTIVE terhadap Lim Guan Eng tersebut, maka mengapa tidak boleh Kerajaan Pakatan Harapan dan Tun Mahathir melakukan hal yang sama dengan kes yang difailkan Petronas terhadap Sarawak?

Juga, mengapa Warisan di Sabah begitu tenang mengenai perkara ini? Mengkhianati orang-orang Sabah untuk menggembirakan dan menolong Tun Mahathir? Tunduk kepada Kerajaan Persekutuan bukanlah apa yang rakyat Sabah mahukan dengan mengundi Warisan.

Tiada lagi permainan. Tiada lagi alasan. Semua yang Pakatan Harapan perlu lakukan adalah menghormati janji mereka sendiri dalam manifesto mereka untuk memberi 20% royalti minyak, 50% daripada hasil cukai dan memulihkan semua hak MA63 dengan segera…

Adakah mereka meminta untuk menghormati janji TERTULIS sepertimana manifesto mereka SENDIRI yang teralu banyak tanda tanya?

Kenapa mesti rakyat Sabah dan Sarawak terus dibohongkan dan membuat alasan bodoh seperti ini?

Penulis; Warga Borneo yang Prihatin…

Tulisan di atas adalah pandangan peribadi pengirim/pembaca dan tidak mencerminkan langsung pandangan daripada pihak Malaysia Kini 2.0…