Perlu Jadi Bintang YouTube Terlebih Dahulu Untuk Lanjutkan Pelajaran Di Universiti

Perlu Jadi Bintang YouTube Terlebih Dahulu Untuk Lanjutkan Pelajaran Di Universiti

0
SHARE
Universiti Pembangunan Nasional Veteran Jakarta di Jakarta, Indonesia...

JAKARTA, INDONESIA – Seorang individu yang ingin melanjutkan di salah sebuah Universiti di Indonesia perlulah menjadi bintang laman perkongsian video YouTube terlebih dahulu sebelum diterima masuk.

Universiti Pembangunan Nasional Veteran Jakarta (UPNVJ) menawarkan syarat baharu atau skim pendaftaran khas itu kepada bakal pelajar yang mempunyai saluran YouTube sendiri dengan sekurang-kurangnya 10,000 pengikut di samping pernah menghasilkan klip vi­deo asli yang mencatatkan le­bih 100,000 tontonan.

Menurut sumber tambahan yang dipetik AFP, mereka yang memenuhi syarat tersebut kemudian akan diuji dengan diminta menghasilkan klip video baharu berdurasi antara tiga hingga lima minit.

Persaingan untuk tempat di universiti tempatan amat se­ngit di Indonesia, negara keempat pa­ling padat di dunia de­ngan lebih 260 juta penduduk…

Laman media sosial juga sa­ngat popular di sebahagian besar gugusan kepulauan Indonesia dengan kajian menunjukkan penduduk negara itu meluangkan masa lebih 3 jam untuk melayari internet setiap hari sekali gus antara kadar paling tinggi di dunia.

Bagaimanapun, tawaran itu hanya terbuka kepada mereka yang ingin mengambil jurusan ekonomi, sains sosial dan politik, undang-undang, kejurute­raan serta komputer.

“YouTube adalah media yang bagus untuk menyampaikan mesej positif,” kata Rektor UPNVJ, Erna Hernawati kepada akhbar Jakarta Post, di samping menambah, universiti itu mahu pelajarnya menjadi ‘pengaruh positif kepada masyarakat’.