Permohonan Rayuan GKP Boleh Dibuat Hingga 15 Jun Ini

Permohonan Rayuan GKP Boleh Dibuat Hingga 15 Jun Ini

0
SHARE

PUTRAJAYA – Pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan, boleh membuat permohonan rayuan sebelum atau pada 15 Jun ini melalui portal GKP di https://gkp.hasil.gov.my.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan, hari ini, berkata permohonan rayuan akan diberi pertimbangan sewajarnya sebelum keputusan dimaklumkan mulai 22 Jun ini.

“Bagi permohonan rayuan yang diluluskan, pembayaran GKP dijangka dibuat mulai 29 Jun,” katanya.

GKP membabitkan peruntukan khas sebanyak RM2.1 bilion yang disediakan kerajaan bagi memberi bantuan kewangan secara ‘one-off’ berjumlah RM3,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro memulakan semula perniagaan.