Pesanan Buat Shafie Apdal; Bubar Atau Hilang Maruah?

Pesanan Buat Shafie Apdal; Bubar Atau Hilang Maruah?

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Tempoh 30 hari adalah satu masa yang panjang buat Shafie Apdal untuk berfikir bijak demi menjaga maruahnya daripada tercemar dan namanya rosak buat selama-lamanya.

Shafie hendaklah bersikap ‘gentlemen’ untuk menghadapi dunia politik yang kucar kacir masa ini atas tindakannya sendiri…

Shafie tidak boleh libatkan maruah rakyat Sabah tercemar akibat tindakannya merampas kuasa ketua menteri yang melanggar perlembagaan Sabah. Hanya dengan meminta Musa Aman membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengadakan pilihanraya semula saja dapat membersihkan maruah parti Warisan dan nama Shafie daripada tercemar.

Shafie harus bersikap ‘gentlemen’ dan menunjukkan sikap integriti sebagai seorang pemimpin yang dihormati. Jika Shafie meneruskan hasratnya untuk membawa kes ini di mahkamah,ini hanya merosakkan masa depan politiknya.

Shafie tetap akan kalah pada 26.10.2018 nanti…

Dengan kekalahan itu,masa depan Shafie dan Warisan dalam politik sudah tidak ada gunanya lagi, selain menjadi bahan sejarah dan cerita dunia bahawa Shafie Apdal seorang pemimpin parti yang gila kuasa sehingga sanggup merampas kuasa dan melanggar perlembagaan Sabah untuk menjadi Ketua Menteri.

Kedudukan Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah memang tidak dapat di selamatkan, tetapi Shafie boleh selamatkan maruahnya daripada tercemar dengan meminta Musa Aman membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum 26.10.2018.

Shafie tidak boleh melawan arus untuk menjadi ketua menteri yang dipenuhi dengan perasaan dendam kepada tuannya terdahulu iaitu Barisan Nasional dan UMNO.

Shafie harus memikirkan kestabilan politik di Sabah untuk pembangunan dan masa depan ekonomi rakyat daripada terus memimpin kerajaan yang tidak stabil dan tidak sah.

Jika Shafie ingin menunjukkan bahawa dia adalah seorang pemimpin yang baik, beliau hendaklah memohon Musa Aman membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan membuat pilihanraya semula.

Disamping itu, rakyat Sabah di seluruh Sabah haruslah bersatu di bawah pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Tan Sri Musa Aman agar kemenangan memihak kepada ‘kita’ untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh jika berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh terdekat ini.

Kerajaan Warisan-PH harus ditukar demi selamatkan kedudukan dan hak-hak rakyat asal negara Sabah daripada diambil dan ditenggelami penduduk warga asing (PTI) untuk 5 tahun yang akan datang.

“BERSATU DALAM GBS DAN SELAMATKAN SABAH DARIPADA KERAJAAN FIRAUN”

Maslan Maginda…

Maslan Maginda
Activist Masyarakat &
Pengerusi BONALI.

Artikel ini pada asalnya adalah dipetik daripada hasil tulisan Maslan Maginda dan tidak mencerminkan langsung pandangan daripada pihak Malaysia Kini 2.0.