Pesawat Tentera Pakistan Terhempas, Korbankan 5 Anak Kapal Dan 12 Orang Awam

Pesawat Tentera Pakistan Terhempas, Korbankan 5 Anak Kapal Dan 12 Orang Awam

0
SHARE
Sumber Foto; AFP...

RAWALPINDI, PAKISTAN – Bahagian komunikasi tentera Pakistan mengesahkan bahawa lima anak kapal dan 12 orang awam terkorban selepas pesawat milik tentera Pakistan terhempas di kawasan kediaman ketika sedang menjalani latihan.

Menurut kenyataan itu tersebut yang dipetik Reuters, 12 orang awam turut cedera apabila kejadian itu menyebabkan kebakaran di kawasan terbabit.

“Pasukan penyelamat sudah dikerah ke lokasi dan berjaya memadamkan kebakaran,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, AFP melaporkan 15 mangsa maut, apabila sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan kediaman di bandar Rawalpindi, berhampiran Islamabad.

“Sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan kediaman…

“Setakat ini, kami berjaya mengeluarkan 15 mayat mangsa, termasuk 10 orang awam dan lima anak kapal,” kata jurucakap pasukan keselamatan, Farooq Butt sambil menambah 15 lagi mangsa turut cedera dalam insiden itu.

Namun, sehingga kini, jenis pesawat terbabit masih belum dikenal pasti.