Peserta Demo Sokong Empangan Papar Bukan Penduduk Kampung Terjejas

Peserta Demo Sokong Empangan Papar Bukan Penduduk Kampung Terjejas

0
SHARE

PAPAR, SABAH – Sekumpulan 20 orang peserta demo menyokong pembinaan empangan Papar yang diadakan kelmarin jelas bukan penduduk kampung yang terjejas akibat pembinaan empangan tersebut.

Menurut sebilangan penduduk kampung yang terlibat dengan empangan berkata, “apa yang pasti kalau melihat daripada foto yang tular, peserta demo tersebut bukan penduduk asal kampung yang terlibat dengan pemindahan.”

Foto peserta demo sokong pembinaan empangan Papar…

“Kalau empangan dibina, yang menerima kesan adalah kami, mereka semua adalah orang luar walaupun mereka tinggal di Papar. Kami juga ingin mengesahkan tidak ada orang kampung yang berbangsa Cina tinggal di sepanjang laluan sungai yang akan dibangunkan kelak (merujuk kepada peserta demo yang berbangsa Cina).”

Foto peserta demo sokong pembinaan empangan Papar…

“Kami cukup berasa hairan, semasa Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, pemimpin-pemimpin Warisan beriya-iya meminta supaya empangan yang akan dibina oleh Kerajaan Barisan Nasional dibatalkan kerana ianya akan memusnahkan eko-sistem hutan, boleh mengakibatkan banjir, kebun penduduk kampung akan musnah serta kawasan tanah perkuburan lama termasuklah kampung-kampung terpaksa dipindahkan.

Foto Yb Terence Siambun (Mantan ADUN Moyog) dan Yb Kenny Chua Adun PKR Inanam membantah pembinaan empangan Papar sebelum PRU-14…

“Namun apabila mereka sudah memerintah, empangan yang dahulu mereka bantah mereka akan bina semula.”

Foto Yb Darrel Leiking yang turut menunujukkan sekeping plakad membantah pembinaan empangan Papar sebelum PRU-14…

“Mereka fikir rakyat Sabah bodoh dan boleh diperbodohkan. Tahap kesabaran kami selaku orang-orang kampung di sini ada hadnya, jangan uji kesabaran kami.”

“Untuk tindakan balas, kami akan mengadakan himpunan besar-besaran membantah pembinaan empangan dan meminta seluruh rakyat Sabah Sabah menolak Parti Warisan Sabah pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal kerana jelas telah berbohong dan tidak boleh dipercayai lagi.”

“Rakan-rakan kami dari Penampang juga akan bersama-sama kami kerana empangan Papar yang akan dibina turut menjejaskan secara langsung aliran sungai ke Penampang sekiranya hujan besar berlaku, malahan kebun mereka juga akan terjejas. Oleh sebab itu, bantahan bukan sahaja datangnya daripada Papar tetapi juga daripada Penampang,” jelas beberapa orang aktivis yang membantah pembinaan empangan Papar.

Berikut adalah beberapa komen para warganet kepada kumpulan peserta demo tersebut;