Peter Anthony Dikecam Warganet Selepas Pasukan Bola Sepak Sabah Arak Piala Juara...

Peter Anthony Dikecam Warganet Selepas Pasukan Bola Sepak Sabah Arak Piala Juara Liga Premier 2019 Guna Troli

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sejak 31 Ogos lalu, warganet khususnya dikalangan peminat bola sepak tempatan masih lagi membincangkan dengan hangat isu pasukan bola sepak negeri Sabah yang membawa trofi Juara Liga Premier 2019 dengan menggunakan troli semasa perarakan sambutan kemerdekaan di Kota Kinabalu pada 31 Ogos lalu.

Pasukan bola sepak Sabah turut serta mengikut perbarisan sambutan hari kemerdekaan pada kali ini selepas menamatkan kemarau 23 tahun Sabah tanpa trofi kejuaraan selepas menjuarai Liga Premier 2019 tahun ini.

Tidak kurang juga ramai yang mengecam Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Dato’ Peter Anthony kerana gagal menyediakan kenderaan yang sesuai bagi membawa trofi tersebut untuk dipamerkan kepada rakyat Sabah.

Sabah muncul juara Liga Premier 2019 selepas mengalahkan UiTM FC 2-1 dan akan bersaing pula di Liga Super 2020 yang akan datang.

Memetik komen warganet trofi tersebut sepatutnya boleh diarak menggunakan kenderaan yang telah dihias dan bukannya diarak menggunakan troli.

Ini kerana, trofi tersebut jelas menjadi kebanggaan seluruh rakyat Sabah setelah hampir 23 tahun menantikan piala kejuaraan sejak tahun 1996 Sabah menjuarai piala domestik di mana ketika itu Jelius Ating dan pembantunya Burhan Ajui turut berada dalam skuad juara Liga Perdana (yang kini dikenali Liga Super).