PH Buat ‘Post-Mortem’ Atas Kekalahan Besar Di PRK Tanjung Piai – Tun...

PH Buat ‘Post-Mortem’ Atas Kekalahan Besar Di PRK Tanjung Piai – Tun M

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad akan melakukan satu ‘post-mortem’ terperinci bagi mengenal pasti punca kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai baru-baru ini.

Tun Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri dalam satu kenyataannya hari ini berkata beliau menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat Tanjung Piai, walaupun sebelum ini sudah menjangkakan bahawa majoriti akan beralih arah ke pihak lawan.

Menurutnya, jangkaan beliau ialah majoriti kekalahan tidak lebih daripada 2,000 undi, namun keputusan rasmi menunjukkan majoriti kekalahan ialah 15,086 undi.

“Satu ‘post-mortem’ yang terperinci, serius dan jujur di semua peringkat parti akan dibuat bagi mengenal pasti apakah punca sebenar kekalahan pada pilihan raya kecil ini,” kata Tun Dr Mahathir.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bekerja keras sepanjang PRK itu.

PRK enam penjuru di Tanjung Piai menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng menang besar dengan majorit 15,086 undi menewaskan calon lain termasuk Karmaine Sardini mewakili PH.