PH Sokong Tun M Sebagai PM, Tidak Timbul Isu Undi Tidak Percaya...

PH Sokong Tun M Sebagai PM, Tidak Timbul Isu Undi Tidak Percaya – Azmin Ali

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tidak timbul isu undi tidak percaya terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana Pakatan Harapan (PH) menyokong kuat beliau sebagai Perdana Menteri.

“Tidak timbul isu undi tidak percaya. Hari ini kita Pakatan Rakyat telah menekankan untuk memberi sokongan yang kuat dan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri,” katanya menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, turut menegaskan tidak wujud masalah menteri gagal menjalankan tugas kerana mereka bekerja secara kolektif bagi membentuk dasar yang lebih responsif kepada rakyat.

“Dalam jemaah menteri kabinet kita bincang secara bersama dan muafakat kerana muafakat itulah yang telah membawa kejayaan,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, kerajaan juga menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di luar kerajaan bagi mendapat pandangan daripada pakar dan tokoh akademik.

– BERNAMA