PKPB Dilaksana Berdasarkan Pertimbangan Situasi Menang-Menang – Abdul Rahim

PKPB Dilaksana Berdasarkan Pertimbangan Situasi Menang-Menang – Abdul Rahim

0
SHARE
Datuk Abdul Rahim Bakri...

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah bersandarkan dua pertimbangan (situasi menang-menang) yang menjadi aspek utama, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri.

Memetik kenyataan Bernama Rahim dalam kenyataan malam tadi, berkata aspek itu ialah bagi mencari perimbangan antara menjaga kepentingan rakyat dan melindungi kepentingan negara secara menyeluruh.

“Sesuatu keputusan penting begini juga dibuat berlandaskan konsensus badan tertinggi negara iaitu Kabinet Persekutuan, melalui konsensus keputusan bersama dan dicapai kebiasaannya berpandukan dan mengambil kira pandangan profesional, pelbagai agensi berwajib.”

“Dalam kes menangani pandemik COVID-19 ini, lazimnya dipandu Kementerian Kesihatan selaku ‘regulator’ kesihatan negara dan keputusan juga mengambil kira ‘input’ agensi pertubuhan kesihatan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” kata Ahli Parlimen Kudat itu.

Pada 1 Mei, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPB, dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai esok, tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.